BOLA BALING WORLD

Ahad

KEJOHANAN BOLA BALING REMAJA DUNIA (AKHIR - EMAS/PERAK)

Pertembungan yang dinantikan dalam kejohanan dwitahunan yang berlangsung di Argentina ini di antara Denmark dan Sepanyol. Dua negara gergasi bola baling Eropah. Pertemuan yang hebat ini berlangsung di Malvinas Argentinas tepat jam 2000 (8.00 malam) waktu tempatan.

 

Permulaan permainan nampak kedua-dua pasukan agak gementar khususnya bagi pasukan Sepanyol kerana ini pertama kali dalam sejarah bola baling Sepanyol, mereka layak ke pertandingan akhir. Kedua-dua pasukan cuba memperkemaskan benteng pertahanan dan mengurangkan kesilapan agar tidak dibolosi oleh pihak lawan. Hanya di 10 minit terakhir babak pertama, pasukan muda Sepanyol berjaya mempamerkan aksi yang kemas dan lebih kreatif. Setelah tamat 30 minit pertama mereka mendahului Denmark dengan 17 - 13.

Bersambung di separuh masa kedua, pasukan Denmark lebih dinamik dalam merancang serangan. Aksi pantas mereka berjaya mengikat Sepanyol dengan  17 - 17 setelah 40 minit dan Sepanyol mengemaskan jentera serangan dan berjaya menjarakkan diri dengan 19 - 17 dan 20 - 18. Namun keseluruhan pemainan didominasi oleh Denmark dalam separuh masa kedua ini menyebabkan Sepanyol terus tertekan. Aksi drmatik seminit sebelum tamat permainan, Nicolai Sommer menjaringkan gol ke 23 untuk Denmark melalui balingan 7 meter menjadikan kedudukan 23 - 22. Sepanyol mempunyai peluang membalas dengan serangan terakhir namun gagal dan kegagalan itu dimanfaatkan oleh Denmark melakukan 'fast break' melalui Theis Baagoe seterusnya berjaya menjaringkan gol bonus untuk Denmark menjadikan keputusan akhir kemenangan untuk Denmark dengan jaringan 24 - 22.

 

 



Kejayaan ini merupakan pingat emas yang kedua untuk Denmark setelah berjaya menjadi johan pada tahun 2007 di Bahrain. Kejayaan ini juga membanggakan pasukan bola baling lelaki Denmark kerana ketiga-tiga kejohanan dunia pada tahun ini didominasi oleh pasukan mereka.

Ketua Jurulatih Denmark, Calus Hansen

PASUKAN PILIHAN DUNIA

Hugo Descat (Perancis) - Sayap Kiri Terbaik

 
 Mario Sostarcic (Slovenia) - Sayap Kanan Terbaik

  Ignacio Plaza Jimenez ( Sepanyol) - Pivot Terbaik

 Theis Baagoe (Denmark) - Pertahanan Kiri Terbaik

Aitor Arino (Sepanyol) - Pertahanan Tengah Terbaik

Martin Larsen (Denmark) - Pertahanan Kanan Terbaik

Nikola Portner (Switzerland) - Penjaga Gol Terbaik

 Jim Gottfridsson (Sweden) - Pemain Terbaik Kejohanan & Penjaring Terbanyak Kejohanan


KEDUDUKAN KESELURUHAN

1. Denmark (Emas)

 2. Sepanyol (Perak)

 3. Sweden (Gangsa)
4. Perancis
5. Mesir
6. Switzerland
7. Jerman
8. Crotia
9. Slovenia
10. Argentina
11. Korea Selatan
12. Brazil
13. Russia
14. Serbia
15. Qatar
16. Chilie
17. Bahrain
18. Tunisia
19. Gabon
20. New Zealand





Tiada ulasan: