BOLA BALING WORLD

Sabtu

KEJOHANAN BOLA BALING REMAJA DUNIA (4)

14 OGOS 2011

Hari yang keempat, Sweden berdepan dengan Serbia. Pasukan Sweden dijangka akan layak ke suku akhirtelah berjaya mengalahkan pasukan Serbia biarpun terpaksa bekerja keras sebelum bejaya mengatasinya dengan jaringan tipis 30 - 29 seterusnya menjadi pendahulu dalam kumpulan A dengan lima mata.

 

 

 

Pertemuan Slovenia dengan Bahrain amat penting bagi Slovenia kerana jika menang ke atas Bahrain, pasukan ini berpeluang mengikat kedudukan dengan Serbia yang sudah memungut tiga mata dan memberikan peluang untuk Slovenia klayak ke suku akhir. Dalam perlawanan ini, Slovenia berjaya menundukkan pasukan Bahrain yang gagal menyekat kelincahan barisan depan Slovenia. Keputusan rasmi, Slovenia mengatasi Bahrain dengan jaringan 33 - 24 (18 - 11)

Dalam kumpulan C, Russia gagal mengatasi Korea Selatan selepas hanya seri 29 - 29 setelah tamat sepenuh masa perlawanan walaupun betjaya mendahuli 14 - 13 di separuh masa pertama. Ini merupakan mata pertama bagi Korea Selatan di kejohanan ini selepas tiga perlawanan.

 

 


 

 

Dalam kumpulan yang sama. Jerman berjaya merealisasikan impian layak ke suku akhir setelah membenamkan pasukan Tunisia  29 - 26.

 

 


Kumpulan B pula, Perancis berjaya melangkah ke suku akhir setelah mengatasi Qatar 25 - 22. Setelah 30 minit pertama, Perancis berjaya meninggalkan Qatar 15 - 12 dan seterusnya menguasai permaian dalam 30 minit terakhir sehingga berjaya mengatasi Qatar dengan keputusan 25 - 22.


Switzeland yang merupakah pasukan pertama dai kumpulan D yang layak ke suku akhir tidak memberikan peluang kepada tuan rumah, Argentina dalam perlawanan di Stadium . Bermain di depan kira-kira 5 500 orang penyokong tuan rumah tidak sedikitpun menjadi penghalang kepada Slovenia untuk mengalahkan Argentina, 23 - 20.

Dalam kumpulan yang sama, Gabon bertemu Chilie. 30 minit yang pertama menyaksikan kekebalan pertahanan dan kecekapan kedua-dua penjaga gol menyaksikan hanya 15 gol sahaja yang dijaringkan. Chilie mengatasi Gabon dengan 8 - 7. Setelah 45 minit perlawanan baru menampakkan kekuatan sebenar Chilie dengan mendahului Gabon 15 - 10 dan seterusnya tamat 60 minit, Chilie mengatasi gabon dengan jaringan 24 - 15.


Tiada ulasan: