BOLA BALING WORLD

Ahad

KEJOHANAN BOLA BALING MSST 2012

Tarik : 12 - 14 April 2012
Tempat : SK dan SMK (Elit) Lembah Bidong 

Assalamualaikum.. dan Salam sejahtera buat semua...

Pengalaman tahun ini hadir bersama suka duka yang sememangnya tidak dapat dilupakan. Kehadiran pengerusi baru yang begitu komited terhadap kerja, kesungguhan rakan-rakan yang hadir membantu kejohanan kali dan dan tak ketinggalan perjalanan kejohanan yang agak teruk menjadi ikhtibar kepada diriku.

Kegembiraan menyambut Pengerusi Teknik Bola Baling Negeri yang baru menyebabkan timbul sedikit rasa kekesalan dalam diri ini kerana melepaskan jawatansebagai Pengerusi Teknik Bola Baling Daerah Dungun. Jika tahu sahabat saya sendiri yang menyandang jawatan tersebut, sudah tentu jawatan diperingkat daerah ini tidak akan saya serahkan. Namun begitu, dalam hati ini terdetik hikmah yang mungkin kita tidak nampak dan mungkin juga ada cara lain yang kita boleh membantu dan bekerjasama nanti.

Coretan seterusnya tentang kejohanan Bola Baling MSST yang berlangsung di Setiu. Kali ini aku hadir atas tiket sebagai pengadil. Bukan lagi sebagai Pengerusi Teknik daerah. Rasanya amat lega kerana tidak perlu lagi memikirkan tentang anak buah dan pemain-pemain yang perlu dibimbing dan dijaga. Rasa makin seronok bila bertemu dengan rakan-rakan pengadil yang sudah lama tidak bersama apatah lagi sebelum ini aku dalam pasukan dan mereka dalam pengadilan. Biarpun sebelum ini aku pernah menyumbangkan tenaga dalam mengadili pertembungan antara dua pasukan yang memilik reputasi yang tinggi baik dari skill permainannya mahupun sikap agresifnya ketika dalam gelanggang. Dan yang paling tersentuh apabila rakan yang begitu sibuk dengan urusan cuba mengusahakan diri untuk sama-sama hadir biarpun untuk satu sesi kerana mengingati dan ingin bertemu dengan rakan-rakan. Inilah yang menjadikan hatiku lebih sebati dengan bola baling biarpun sebelum ini aku merupakan seorang pemain bola sepak.

Kehadiran seramai 26 daripada 32 orang pengadil yang dipanggil memberikan sedikit kelegaan kepada Pengerusi Pengadil yang baru iaitu Cikgu Khairul Anuar bin Mohamad dari SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. Beberapa pengadil yang berpengalaman di peringkat MSSM diberikan peranan sebagai ketua bagi setiap gelanggang termasuk aku sendiri biarpun aku belum pernah menjadi pengadil di peringkat MSSM. Alhamdulillah, pada kali ini nampaknya tidak banyak berlaku kritikan terhadap pengadil-pengadil. Buka kerana aku berada dalam kumpulan pengadil tetapi kurangnya rungutan dari pihak pasukan yang bertanding. Hanya ada beberapa perkara yang menjadi perselisihan namun tidak memberi kesan dan telah dapat aku jelaskannya kerana ianya melibatkan pasukan daerah aku sendiri.

Satu perkara yang menjadikan bola baling ini hebat kerana komitmen dan keterbukaan rakan-rakan. Yang muda sudi menerima nasihat rakan-rakan lama dan yang lama sudi menerima teguran rakan-rakan yang lebih muda. Sesuatu yang sukar dilihat dalam permainan lagi di Terengganu ini. Aku menulis ini berdasarkan perbandingan pengalaman aku selama beberapa tahun dan skuad hoki negeri Terengganu. Lain bila berada di dalam permain bola baling jika kita banndingkan dengan permainan lain. Suasana kemesraan dan keharmonian, sukar untuk aku gambarkan. Namun hatiku senang bila bersama-sama bola baling. 

Cerita yang terakhir di sini ialah tentang penganjuran tahun ini yang amat mendukacitakan. Pihak penganjur memperlihatkan ketidakprofesionalismenya dalam mengurus tadbir penganjuran bola baling pada tahun ini. Kata orang, "kerja l;epas tangan" je. Bermula dari dewan makan sehinggalah ke acara penutup. Sangat menyedihkan dan rasanya paling teruk sepanjang aku berada dalam bola baling di Terengganu. Bermula di dewan makan, makanan pelajar amat menyedihkan. Ada ketikanya pihak kantin tidak menyediakan minuman. Ada di antara pasukan-pasukan yang terpaksa membeli makanan di luar. Manakala di padang pula pengurusan juga menampak kepincangan yang ketara. Persiapan peralatan gelanggang yang tidak terurus dan kemudahan-kemudahan yang perlu ada, tidak dapat disediakan oleh penganjur. Yang menydihkan tidak nampak jawatankuasa-jawatankuasa yang sepatutnya bertugas di sini. Hanya Pengerusi Teknik Daerah yang bertungkuslumus cuba menjayakannya dan banyak dibantu oleh Pengerusi Teknik Negeri. 

Alhamdulillah, walaupun terdapat banyak kekurangan pada kali ini namun kejohanan ini berjaya juga disempurnakan. Cuma ikhtibar kepada raka-rakan dari daerah lain yang mungkin akan menjadi penganjur untuk tahun yang akan datang agar mengambil berat tentang perkara-perkara ini. Moga kelemahan yang ada menjadi pendorong untuk kejayaan pasukan negeri yang akan bertanding di peringkat MSSM yang akan diadakan di Kota Bharu Kelantan pada 4 hingga 9 Jun yang akan datang. Kepada pihak penganjur, aku mohon maaf kerana mecoretkannya di sini. Bukan niat untuk memburukkan rakan-rakan tetapi memberi inspirasi kepada yang lain. Akhir kata, terima  darildari kami kerana berjaya melaksanakan tugasan biarpun dalam serba kekurangan. TQVM
  
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN 2012

Lelaki 18 Tahun
Johan: MSS Kuala Terengganu Selatan
Naib Johan: MSS Besut
Ke-Tiga: MSS Kemanan & MSS Setiu

Perempuan 18 Tahun
Johan: MSS Kuala Terengganu Utara
Naib Johan: MSS Hulu Terengganu
Ke-Tiga: MSS Besut & MSS Kuala Terengganu Selatan

Lelaki 12 Tahun
Johan: MSS Kemaman
Naib Johan: MSS Kuala Terengganu Selatan
Ke-Tiga: MSS Setiu & MSS Hulu Terengganu

Perempuan 12 Tahun
Johan: MSS Besut
Naib Johan: MSSKuala Terengganu Utara
Ke-Tiga: MSS Hulu Terengganu & MSS Marang
 

Tiada ulasan: