BOLA BALING WORLD

Selasa

BOLA BALING TERENGGANU KEMBALI SEGAR

Assalam..... dan salam sejahtera kepada yang masih lagi bukan Islam,

Agak lama juga aku tidak menulis dalam blog ini.... Rasa putus angin dah selepas meletakkan jawatan sebagai jurulatih negeri tahun lalu dan menyerahkan jawatan Pengerusi Teknik Daerah Dungun pada akhir tahun. Namun begitu, setelah MSST 'rebah' pada kejohanan MSSM tahun lalu, angin perubahan yang berlaku pada awal tahun ini telah menyaksikan pengurusan baru di MSST khususnya dalam pasukan bola baling telah menaikkan semula semangat aku untuk terus bergiat dalam sukan yang paling aku sayangi ini. Biarpun dari kecik aku meminati dan bermain bola sepak, namun bola baling telah berjaya menambat hati. Moga pengurusan baru yang di terajui oleh En. Mohd Rozi sebagai penyelaras sukan bola baling kemudiannya diamanahkan kepada Kamarudin dari SK Rengas Bekah sebagai Pengerusi Teknik negeri yang baru telah menampakkan cahaya kecemerlangan yang bakal dizahirkan oleh skuad negeri pada tahun ini. Dengan pengerusi baru yang sudah sekian lama dikenali, bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di seluruh Malaysia di mana komitmennya terhadap bola baling sangat menyerlah. Kata orang, "gila bola baling". Dalam hatinya hanya ada bola baling. Begitulah sifat dan sikap beliau yang aku kenali. Buka sehari dua, namun sejak aku dan dia bersama dalam 'DungunUnited' awal tahun 90-an dulu.

Insya-Allah, aku akan terus menyambung coretan hatiku berkaitan dengan sukan yang menjadi kegilaanku untuk tatapan kalian. Moga ianya akan memberikan manfaat untuk semua biarpun apa yang tercatat ini kebanyakannya adalah lahir dari pengalaman aku sendiri.

Oklah, buat sekadar ini dulu coretan kali ini. Insya-Allah, aku akan teruskannya dilain kali.

TQVM. wassalam. 

Tiada ulasan: