BOLA BALING WORLD

Selasa

KONTIGEN TERENGGANU BERTOLAK KE PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

30 MEI 2011
ISNIN

Agak lama juga tidak menulis di ruangan ini memandangkan kesibukan menguruskan kehidupan sendiri walaupun kini tidak lagi bersama pasukan bola baling Terengganu.

Hari ini, kontigen MSS Terengganu memulakan perjalanan ke Perlis untuk ke kejohanan Bola Baling MSS Malaysia dan semalam saya sempat mengunjungi rakan-rakan yang masih lagi kuat mendapat pulangan bekerja untuk pasukan bola baling Terengganu walaupun kini pulangan untuk guru-guru ataupun lebih tepat dikatakan jurulatih-jurulatih dan juga pengurusan ppasukan tidak lagi mendapat pulangan yang setimpal dengan apa telah mereka sumbangkan. Sesungguhnya terdetik rasa kagum di hati ini dengan kegigihan mereka. Ataupun mungkinkah kerana minat yang mendalam terhadap sukan yang diceburi!...

Membangkitkan isu ini bukan kerana diri ini menarik diri dan membuat keputusan bersara di peringkat yang tinggi seperti ini kesan dari perkara tersebut. Tidak sekali-kali. Saya tetap aktif dalam bola baling tetapi hanya menguruskan kontigen daerah ke peringkat negeri sahaja. Untuk ke MSSM biarlah jurulatih-lurulatih muda yang membawa cabaran biarpun rasanya diri ini masih mampu namun biarlah peluang ini dibuka kepada yang lain pula.

Berbalik kepada kontigen MSS Terengganu, saya rasa pasukan tahun ini lebih kuat berbanding pasukan tahun lalu di Kuantan khususnya bagi pasukan bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Jika dilihat dengan pemain-pemain yang menjalani latihan, pasukan ini mampu untuk menjuarai kejohanan pada tahun di Perlis. Dengan susuk badan yang besar dan tinggi mereka mampu untuk mengalahkan pasukan-pasukan pilihan di Perlis nanti di samping kemahiran tinggi yang dimiliki oleh setiap individu. Ditambah dengan pengalaman jurulatihnya seperti Cikgu Farid yang tetap bersama pasukan lelaki 12 tahun setelah berjaya menjuarai kejohanan pada tahun lalu. Cikgu Fauzi yang bersama juga Cikgu Farid pada tahun lalu dengan pasukan lelaki pada tahun lalu telah dipertanggungjawabkan melatih pasukan perempuan 12 tahun pada tahun ini. Oleh itu, kekuatan yang ada pada kedua-dua jurulatih ini tidak perlu diragui lagi apatah lagi dengan kekuatan pasukan yang dimiliki pada tahun ini.

Pasukan bawah 18 tahun sudah tidak perlu digusarkan lagi kerana rekod yang ada sudah dapat menggerunkan pasukan-pasukan lain di kejohanan itu nanti. Johan untuk dua tahun berturut-turut bagi kategori 18 tahun lelaki amat sukar untuk dutandingi oleh pasukan-pasukan lain. Cikgu Fairuz merupakan  jurulatih sama yang membimbing pasukan yang menjuarai bagi kategori 15 tahun tiga tahun lalu dan jika dikira, sudah tiga tahun mereka menjuarainya kejohanan MSSM. Jadi, pasukan ini juga merupakan sandaran utama buat kontigen MSS Terengganu untuk mencapai misi  menjuarai kejohanan pada tahun ini di samping pasukan bawah 18 tahun perempuan yang sentiasa kecewa di peringkat akhir buat beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, pada tahun ini mereka berikrar untuk menghapuskan badi kalah di perlawanan akhir seterusnya menjuarai kejohanan pada kali ini.

Harapan saya agar kontigen MSS Terengganu dapat mengekalkan kejuaraan buat kali ke-5 di Perlis nanti. Doa saya mengiringi kalian semua...... SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.

Tiada ulasan: