BOLA BALING WORLD

Khamis

KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLA BALING MSSD 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keputusan kejohanan pada tahun ini lambat skit nak dimasukkan kerana saya menghadapi banyak masalah kali ini sehingga pengajuran kejohanan kali ini terpaksa diberikan tanggungjawab kepada rakan-rakan. Terima kasih kepada Cikgu Bahaman dan isterinya Cikgu Noraini, Ustazah Hasimah dan juga pemangku PT Daearh Cikgu Saipolizan yang sanggup menerima dan menanggung tugas yang diamanahkan. Dan akhirnya kejohanan ini berjaya juga disempurnakan dengan jayanya. Alhamdulillah.

KEPUTUSAN RASMI

LELAKI BAWAH 12 TAHUN
Johan: Zon Bukit Besi A
Naib Johan: Zon Bukit Besi B
Ke-Tiga: Zon Sura A & Zon Paka A

PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
Johan: Zon Sura A
Naib Johan: Zon Bukit Besi A
Ke-Tiga: Zon Rantau Abang A & Zon Bukit Besi B

Hasil dari kejohanan ini seramai 12 pemain perempuan dan 12 pemain lelaki telah terpilih untuk mewakili MSS Dungun dan barisan pemain ini nampaknya boleh menghasilkan sesuatu di Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu yang akan berlangsung di SMK Pengkalan Berangan, Marang pada 5 hingga 7 Mei 2011 nanti. Sasaran untuk kedua-dua pasukan ini amat tinggi memandangkan pemain-pemain yang dipilih mempunyai kemahiran yang tinggi serta mempunyai ketinggian sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengerusi Teknik Negeri.

Maaf, gambar tak dapat dimasukkan kerana kamera telah rosak dibuat dek anakanda...   Kepada sesiapa yang ada merakamkan gambar kejohanan kali ini bolehlah mengirim gambar tersebut kepada saya di dinsenu@yahoo.com.my dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Sekian dulu catatan kali ini. Berjumpa kita di SMK Pengkalan Berangan, Marang nanti..

2 ulasan:

Mr_17 berkata...

zon sura xlg kuat mcm dlu2 ke cikgu????ke saingan mkin sengit???

dinsenu berkata...

Tetap kuat tp pasukan lain telah membuat persiapan yang lebih baik utk kali ini.. Namun begitu P12 Sura berjaya menjadi Johan 2011.