BOLA BALING WORLD

Khamis

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 14

14.    BALINGAN 7 METER
14.1  Balingan 7 meter akan diberi apabila:
  1. Peluang menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan.
  2. Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendak menjaringkan gol.
  3. Gangguan daripada luar (penonton masuk gelanggang)
14.2   Jika pemain penyerang dapat mengawal bola dengan badan walaupun berlaku kesalahan, balingan 7 meter tidak perlu diberikan.

14.3   Semasa balingan 7 meter hendak dilakukan, permainan hendaklah diberhentikan (isyarat 'Time Out' diberikan)

14.4   Balingan 7 meter hendaklah dibaling ke arah gol selepas 3 saat wisel dibunyikan.

14.5   Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh memijak atau melintasi garisan 1 meter (garisan had balingan 7 meter) sebelum balingan dilakukan.

14.6   Setelah bola dibaling, bola tersebut TIDAK DIBENARKAN disentuh oleh mana-mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena bahagian gol.

14.7   Semua pemain  TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter) semasa balingan 7 meter dilakukan kecuali pembaling 7 meter.
  1. Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma (garisan 9 meter) sebelum bola dilepaskan dari tangan pembaling 7 meter, balingan percuma akan diberikan kepada pihak bertahan.
14.8   Jika pemain pertahanan memasuki kawasan balingan percuma (garisan 9 meter) semasa balingan 7 meter dibuat, balingan akan diulang semula jika tidak gol dan jika gol, jaringan akan terus disahkan sebagai gol.

14.9   Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dilepaskan pembaling 7 meter, balingan 7 meter akan diulang semula jika tidak gol dan dikirakan jaringan jika masuk gol.

14.10  Pertukaran penjaga gol TIDAK DIBENARKAN setelah pembaling sedia membuat balingan 7 meter. Sebarang percubaan untuk membuat pertukaran akan diberikan hukuman 16.1(4) dan 16.3(3).


Situasi balingan 7 meter dilakukan


Aksi pembaling melakukan balingan 7 meter



Penjaga gol mengawal gawangnya ketika balingan 7 meter


Kedudukan pemain-pemain ketika balingan 7 meter dilakukan





Tiada ulasan: