HARI KE LAPAN KEJOHANAN (SEPARUH AKHIR)
Perlawanan separuh akhir antara ke empat-empat pasukan akan berlangsung di Malvinas Argentinas Arena yang dapat memuatkan hampir 8000 orang penonton. Perlawanan pertama akan berlangsung pada pukul 5.30 petang waktu tempatan di antara pasukan Sweden dan Sepanyol.
Pertembungan separuh akhit pertama ini memperlihatkan kedua-dua pasukan. Permainan yang cermat dan berhati-hati dan melakukan pertahanan yang kemas. Namun begitu, Sepanyol mendahului Sweden dengan 11 -10 setelah 30 minit pertama tamat. Begitu juga dalam separuh masa kedua bermula, Sepanyol bermain lebih baik berbanding dengan Sweden. Sepenyol masih mendahului 19 - 16 ketika perlawanan memasuki minit ke 45. Sehingga minit ke 59, Sweden bangkit melawan serta menukar formasi pertahanan dan menyerang pertahanan Sepanyol yang lebih terbuka. Akhirnya meraka hampir menyamakan kedudukan 23 - 24. Namun 'fast break' yang dirancang pada minit terakhir tidak menjadi smemberi peluang kepada Sepanyol untuk menang dengan jaringan 24 - 23. Sweden gagal untuk kali ketiga di separuh akhir setelah gagal pada tahun 2007 dan 2009 dalam kejohanan yang sama manakala kemenangan Sepanyol ini adalah kejayaan pertama bagi mereka layak ke pertandingan akhir.
Pemain utama Sweden, Linus Persson (11) sedang mengawal permainan
Penjaga gol Sepanyol, Donderis (1), megangkat tangan meraikan kejayaan pasukannya layak ke pertandingan akhir
Jurulatih Sepanyol, Suarez teruja apabila pasukan Sweden gagal membuat jaringan di minit-minit akhir permainan
Suasana kegembiraan pasukan Sepanyol yang berjaya mengatasi Sweden.
Permulaan 30 minit separuh masa kedua menyaksikan kejutan dari Denmark di mana setelah Perancis mendahului 21 - 17, pasukan Denmark mengejar dan seterusnya menyamakan kedudukan menjadi 21 - 21. Menggunakan taktikal yang berkesan Denmark terus mendahului sehingga berjaya mengatasi pasukan Perancis dengan jaringan 29 26. Kejayaan Denmark ini sungguh dramatik.
Pertahanan Denmark, Larsen Martin, Rokkjaer dan Lenthe cuba menghalang asakan dari pemain-pemain Perancis
Penjaga gol Perancis, Merceron (1) bersedia untuk menghalang percubaan dari pemain Denmark
Pemain-pemain Denmark meraikan jaringan gol yang dihasilkan oeh rakan-rakan mereka di dalam gelangang
Pemain-pemain Denmark merayakan kejayaan mengalahkan Perancis dan melayakkan pasukan mereka ke pertandingan akhir
Wajah kecewa jurulatih pasukan Perancis, Pascal Person setelah pasukan Perancis gagal layak ke pertandingan akhir.
PASUKAN YANG LAYAK KE PERTANDINGN AKHIR
1. Sepanyol
2. Denmark
Perlawanan Akhir akan berlangsung pada 20.8.2011 di Malvinas Argentinas Arena pada jam 1700.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan