BOLA BALING WORLD

Sabtu

KEJOHANAN BOLA BALING REMAJA DUNIA (3/4 - GANGSA)

Perebutan tempat ketika dan keempat di antara pasukan Sweden dan Peancis berlansung di Malvinas Argentinas Arena. Perlawanan yang berlangsung pada jam 1430 waktu tempatan.Selepas 10 minit pertama, Sweden mendahului dengan jaringan 8 - 2 dan seterusnya konsisten mempertahankan jurang gol yang diperolehi. Selepas 30 minit pertama, Sweden masih mendahului tetapi dengan jaringan 15 - 10. Dalam separuh masa pertama ini, Sweden mempamerkan aksi yang cukup mantap berbanding dengan pasukan Perancis yang gagl menggunakan kelbihan ketinggian pemain-pemainnya untuk mengekang asakan-asakan dari pemain Sweden.

 
 Pemain Sweden, Anton Blickhamar cuba menjaringkan gol

 
Pemain tinggi lampai Perancis, Jordon Bonilauri (6) diapit oleh 2 pemain Sweden

Dalam separuh masa yang kedua, kelebihan jurulatih Pascal Person telah memberikan inspirasi kepada pemain-pemainnya untuk bermain lebih baik. 10 minit permainan separuh masa kedua, Perancis berjay mengejar dan hanya memisahkan dengan satu jaringan di belakang Sweden. Namun Sweden tersus memperkemaskan pertahanannya dan melakukan banyak 'fast break' untuk memerangkap pemain-pemain Perancis dan seterusnya menamatkan pemainan sepenuh masa dengan mengatasi Perancis dengan jaringan 28 - 24. Sweden berjaya menrankul pingat Gangsa yang ketiga setelah kejyaan yang sama pada tahun 2007 dan 2009. Pemain utama mereka, Jim Gottfridsson berjaya menyumbangkan 58 gol dalam 8 perlawanan. Beliau merupakan permain terbaik kejohanan untuk kali ini.
 
Pemain Terbaik kejohanan, Jim Gottfridsson

 
Andrian Ballet mengambil balingan percuma untuk pasukan Perancis

 
Jurulatih Perancis memberi peneranga tentang taktikal kepada pemain-pemainnya ketiak 'team-time break'

Kelincahan pemain Perancis, Hugo Descat (9) berjaya melepasi kawalan pertahanan Sweden, Johannes Jonsson (3)






Tiada ulasan: