HARI KE TUJUH KEJOHANAN
(PERINGKAT SUKU AKHIR)
Perlawan pertama suku kahir kejohanan Bola Baling Remaja Lelaki Dunia 2011 mempertemukan pasukan Sweden dengan Mesir berlangsung di Stadium Malvinas Argentinas tepat jam 5.30 petang waktu tempatan. Dalam separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati dan kesannya jaringan yang kurang dihasilkan. Pasukan Sweden banyak melakukan kesilapan sehingga Mesir berjaya mendahului dengan jaringan 12 - 11. Hanya dengan kelincahan permaian tengah Sweden, Jim Gottfridsson dan ketangkasan penjaga golnya, Henrik Nordlander berjaya mengurangkan jurang gol. Di pertengahan separuh masa kedua menampakkan kebangkitan semula pasukan Sweden dan dapat mengatasi pasukan Mesir dengan kelebihan 3 gol. 7 minit sebelum masa sebenar tamat, pasukan Sweden mendahului dengan 23 - 20. Namun begitu, Mesir bangkit melawan dan hampir berjaya menyamakan kedudukan di saat-saat akhir permainan. Kecekapan penjaga gol Swedish ini, Henrik Nordlander berjaya menyelamatkannya dan keputusan akhir sepenuh masa, pasukan Sweden (pemenang gangsa 2009) berjaya mengalahkan pasukan Mesir dengan 26 - 25.
Pemain Mesir, Moamaen Al-Sayed (20) membuat percubaan ke arah pintu gol Sweden
Jim Gottfridsson (7) merupakan penyerang berbisa bagi Sweden
Penjaga gol Mesir, Mohmmed Ali (92) cuba menyelamatkan percubaan dari pemain Sweden
Kekecewaan pemain Mesir setelah kalah tipis di tangan Sweden
Pada waktu yang sama, di Once Unidos Arena, berlangsung pertembungan antara juara bertahan, Crotia menentang pasukan Perancis. Pasukan Crotia bermula dengan gaya juara. Permainan yang kemas dan mantap manakala pasukan Perancis masih terkial-kial mencari rentak. Pasukan Crotia mendahului pada awal-awal permainan. Namun pada minit ke 10, Perancis ternyata garang dengan asakan yang kemas dan pada akhir 30 minit pertama ternyata Perancis berjaya menyaingi kemantapan pasukan Crotia. Crotia hanya mendahului dengan 12 - 11.
Pada minit pertama separuh masa kedua, Pasukan dari selatan Eropah ini berjaya mendahului dengan kelebihan 4 gol (20 - 16). Namun, 5 minit selepas itu Perancis bangkit dan menyamakan kedudukan menjadi 22 - 22. Selepas tamat permainan sebenar, pasukan yang layak ke separuh akhir belum dapat diputuskan apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 27 - 27 apabila pasukan Crotia gagal menyempurnakan balingan 7 meter yang diperolehinya. Seterusnya perlawanan diteruskan dalam masa tambahan.
Dalam separuh masa pertama tambahan masa yang mendebarkan, pasukan Perancis yang penuh bersemangat berjaya mendahului dengan 30 -28 dan seterusnya mendominasi permainan di seperuh masa kedua tambahan masa serta berjaya menamatkan permainan sebenar dengan keputusan 31 - 30. AKeputusan muktamad, Perancis mara ke pusingan separuh akhir.
Perlawanan suku akhir ketiga menemukan pasukan Sepanyol yang menentang pasukan Jerman di Malvinas Argentinas Arena. Walaupun Jerman berjaya menjaringkan gol seawal minit pertama namun Sepanyol bermain dengan lebih baik. Pada minit ke 12, Sepanyol jauh meninggalkan Jerman dengan 6 - 2 menyebabkan jurulatih Jerman, Cristian Schwarner meminta 'team-time out'. Selepas itu, Jerman bangkit namun Sepanyol berjaya mengekal kelebihan 4 gol (14 - 10) selepas separuh masa pertama tamat.
Pemain Jerman, Feld Alexander (9) cuba membuat jaringan ke pintu gol Sepanyol
Pemain Sepanyol, Ignacio Plaza (4) cuba melepasi pertahanan Jerman.
Jerman cuba bangkit di awal separuh masa kedua namun kemantapan pertahanan Sepanyol menampakkan kemaraan Sepanyol untuk melayakkan diri ke spearuh akhir lebih nyata. Selepas 45 minit, kedudukan memberi kelebihan kepada Sepanyol dengan keputusan 21 - 16. Sekali lagi Jemran cuba bangkit namun kelemahan di benteng pertahanan memberikan kelebihan kepada Sepanyol untuk terus mendahului sehingga tamat masa 60 minit yang memberikan kemenangan kepada Sepanyol dengan keputusan 25 - 22.
Joan Amingo Boada, meraikan kejayaan menjaringkan gol
Pemain-pemain Jerman gagal mengawal emosi setelah tewas kepada Pasukan Sepanyol
Perlawanan suku akhir yang keempat pula menemukan pasukan Switzerland dan Denmark di Once Unidos Arena yang hanya memuatkan 1500 orang penonton sahaja. Denmark . memulakan dengan garang. Switzerland berjaya menemui rentak selepas 5 minit. Keputusan seri 4 - 4 menunjukkan kekuatan kedua-dua pasukan yang berentak untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Selepas beberapa minit selepas itu, "Scandinavians" mula menunjukkan mutu sebenar permainan mereka dan terus mendahului 10 - 6 dan 15 - 8 selepas 25 minit pertama. Selepas tamat 30 minit, Denmark berjaya meninggalkan Switzerland dengan 17 - 10.
Separuh masa kedua, Switzerland cuba menyaingi Denmark dan melakukan asakan-asakan yang bertubi-tubi disamping memperkemaskan benteng pertahanan mereka. Namun kemantapan startegi Denmark menyukarkan mereka untuk mengurangkan jurang jaringan gol. Selepas 40 minit, mereka masih ketinggalan dengan 13 - 26. Pada minit ke 50, 15 - 32. Dan di akhir permainan mereka gagal untuk terus bersaing dan akhirnya terpaksa akur dengan kekebalan benteng Denmark. Denmark ke separuh akhir dengan jaringan 37 - 20.
PASUKAN YANG MARA KE SEPARUH AKHIR....
1. Sweden
2. Perancis
3. Sepanyol
4. Denmark
Tiada ulasan:
Catat Ulasan