HARI KETIGA KEJOHANAN
Pertemuan antara pasukan Sepanyol dengan pasukan tuan rumah, Argentina begitu sengit dengan kekebalan pertahanan kedua-dua pasukan menjadi pemisah. Pada seperuh masa pertama, Sepanyol hanya berjaya mendahului 1 gol sahaja, 13 - 12. Diakhir pertemuan ini, Argentina ketinggalan 23 - 25 selepas pertahanannya banyak melakukan kesilapan yang menyebabkan pemaian Sepanyol berjaya menjaringkan gol-gol mudah. Jurulatih pasukan dari Amerika Selatan ini,Fernardo Garcia tetap berbangga dengan pemain-pemainnya namun sedih atas kekalahan ini.
Dalam kumpulan C, pasukan Denmark menghadapi tentangan yang hebat dari pasukan Tunisia dalam perlawanan ketiga masing-masing. Setelah mendahului 8 - 6 dalam awal-awal permainan seterusnya mengahului 15 - 14 sehingga tamat separuh masa pertama. Setelah mendahului dengan agak selesa di separuh masa kedua dengan jaringan 23 - 18, pasukan Tunisia bangkit mengejar dengan 27 -26. Semasa masa berbaki 20 saat, pasukan Sepanyol berjaya menjaringkan gol penyamaan menjadikan kedudukan 27 - 27. Mata pertama bagi pasukan Tunisia.
Bagi kumpulan A, pasukan Sweden berjaya mendahului dari awal ke atas pasukan Crotia. Pasukan Scandinavia ini berjaya mengatasi pertahanan juara bertahan ini 17 - 12 dan seterusnya mendahului sehingga tamat permainan dengan keputusan 29 - 25.
Perlawanan terakhir pada hari ketiga ialah pertemuan sengit antara Qatar dan Mesir. Separuh masa pertama pasukan Mesir mendahului dengan jaringan 13 - 11 namun kebangkitan pasukan Qatar pada separuh masa kedua berjaya mengikat keputusan 19 - 19 pada minit yang ke 50. Namun kekuatan mental pasukan Mesir yang merupakan juara Olimpik Remaja tahun lalu, berjaya mengatasi pasukan Qatar di akhir perlawanan dengan kemenangan tipis 24 - 23.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan