BOLA BALING WORLD

Selasa

UNDANG-UNDANG BARU BOLA BALING 2016


PERUBAHAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN 2016
MALAYSIA HANDBALL REFEREE ASSOCIATION 

1.     Penjaga gol sebagai pemain gelanggang (Goalkeeper as a player)
Rule 4:1 paragraph 3, Rules 4:4-5-6-7
 1.    Pasukan menyerang boleh menggunakan penjaga gol sebagai pemain gelanggang (seperti biasa) atau mengeluarkan penjaga gol dan memasukkan pemain gelanggang untuk menjadikan pasukan mempunyai 7 pemain gelanggang semasa melakukan serangan. 
2.     Pemain gelanggang ke-7 tidak boleh menjadi penjaga gol semasa pasukannya bertahan kerana pemain ke-7 adalah pemain gelanggang yang dimasukkan dan bukan penjaga gol. 
3.     Untuk bertahan dan mempunyai penjaga gol, pasukan berkenaan perlu mengeluarkan    seorang daripada 7 pemain gelanggang (biasanya pemain bawah bertahan yang paling hampir dengan zon pertukaran). 
4.     Jika pemain gelanggang memasuki kawasan gol untuk menghalang percubaan (Peluang Menjaring yang Jelas {CCS} ) dari pasukan lawan (situasi hilang kawalan atau balingan percuma kepada pihak lawan), pemain berkenaan boleh dikenakan hukuman tiada semangat kesukanan yang tinggi (kad merah secara terus bersama atau tanpa laporan)dan balingan 7 meter mesti diberi kepada  pasukan lawan. 
5.     Jika pasukan bertahan melakukan kesalahan menghalang percubaan semasa bertahan    tanpa penjaga gol (yang dikeluarkan untuk memasuki gelanggang sebagai pemain ke-7), balingan 7 meter mesti diberi kepada pasukan lawan (kerana dianggap menghalang    Peluang Menjaring yang jelas {CCS} walaupun kesalahan yang dilakukan bukan di kawasan 6 meter.

2.       Pemain tercedera (Injured player)
Rule 4:11 paragraph 1:
 1.    Jika pengadil mendapati secara jelas bahawa pemain berkenaan memerlukan rawatan    di dalam gelanggang, pengadil perlu meminta Technical Time Out (TTO) dan membenarkan 2 orang pegawai pasukan memasuki gelanggang. Selepas dirawat di dalam gelanggang, pemain berkenaan mesti keluar dari gelanggang.
 2.    Pemain yang cedera setelah rawatan hanya dibenarkan masuk semula ke gelanggang selepas serangan ke-3 dari pasukannya. Technical Delegate akan memainkan peranan dari tempat pegawai meja. (Kad khas disediakan)
 3.    Serangan hanya dikira selepas kawalan bola (pasukan pemain yang cedera) hingga gol dijaringkan atau pasukan berkenaan kehilangan kawalan bola.
 4.    Jika pasukan menyerang adalah pasukan pemain yang cedera, ia dikira sebagai serangan pertama.
 5.    Jika pemain cedera memasuki gelanggang sebelum serangan ke-3, pemain itu akan dihukum atas kesalahan pertukaran (gantung 2 minit).
6.     Seseorang pemain tidak dianggap pemain yang cedera jika memerlukan rawatan dalam gelanggang sekiranya pemain pasukan lawan telah dikenakan hukuman (hukuman ansur maju). Pemain yang cedera tadi boleh terus bermain.
 7.    Penjaga gol yang cedera di bahagian kepala akibat percubaan pasukan lawan tidak dianggap sebagai pemain cedera.

3.     Permainan pasif (Passive play)
Rules 7:11 and 7:12 remain valid Clarification 4, Section A, B, C and appendix E remain unchanged
 1.    Apabila pengadil mengangkat isyarat tangan permainan pasif, pasukan menyerang hanya mempunyai maksima 6 hantaran sahaja untuk membuat percubaan. Namun yang demikian, pengadil boleh menghentikan lebih awal permainan pasif tanpa perlu menunggu sehingga hantaran ke-6. 
2.     Dalam situasi semasa permainan pasif, jika pasukan bertahan melakukan kesalahan pelukan secara aggresif untuk menghalang pemain pasukan menyerang menerima bola dari rakan, pemain pasukan bertahan berkenaan mesti dikenakan hukuman (Kad kuning    atau Gantung 2 minit). 
3.     Dalam situasi balingan ke dalam atau balingan percuma, kiraan 6 hantaran maksimum tetap diteruskan (peraturan lama kiraan semula). 
4.     Dalam situasi percubaan dihalang atau lantunan masih dikuasai pasukan menyerang, kiraan 6 hantaran maksima tetap diteruskan (peraturan lama kiraan semula). 
5.     Dalam situasi semasa hantaran yang ke-6 berlakunya kesalahan daripada pasukan bertahan, pasukan menyerang mempunyai 1 hantaran tambahan. 
6.     Dalam situasi semasa hantaran ke-6 pasukan menyerang mendapat balingan kedalam atau balingan percuma atau balingan dalam dipenjuru, pasukan menyerang mempunyai 1 hantaran tambahan.

4.     Masa terakhir (Last minute)
        Rule 8:5, 8:6, 8:10 
  1.   Dalam situasi bola diluar permainan (kesalahan 8:10c), pemain atau pegawai dari mana-mana pasukan menghalang atau melewatkan permainan pasukan lawan untuk menghalang pasukan lawan daripada melakukan percubaan atau mendapat Peluang Menjaring yang Jelas { CCS }, pemain atau pegawai berkenaan mestilah dikenakan    hukuman kad merah tanpa rekod atau dengan rekod dan balingan 7 meter kepada pasukan awan. 
2.     Dalam situasi didalam permainan (kesalahan 8:10d), pemain atau pegawai dari mana-mana pasukan melakukan kesalahan menghalang pemain pasukan lawan dari melakukan percubaan atau menghalang Peluang Menjaring yang Jelas {CCS}, pemain atau pegawai    berkenaan mestilah dikenakan hukuman kad merah tanpa rekod atau dengan rekod dan balingan 7 meter kepada pasukan lawan.
3.     Dalam situasi bola di dalam permainan (kesalahan 8:10d dan 8:6), pemain atau pegawai mana- mana pasukan melakukan kesalahan ganas, merbahaya, terancang dan berniat jahat, pemain atau pegawai berkenaan mestilah dikenakan hukuman kad merah tanpa rekod atau dengan rekod dan balingan 7 meter kepada pasukan lawan. 
4.     Dalam situasi 2 dan 3, tindakan pengadil ialah :  
a. Pemain pasukan meyerang boleh melakukan percubaan dan gol dijaringkan. Gol     disahkan dan tiada balingan 7 meter.  
b. Pemain pasukan menyerang berjaya melakukan hantaran tetapi pemain lain pasukan menyerang tidak dapat menjaringkan gol. Balingan 7 meter mesti diberikan kepada pasukan menyerang.  
c. Pemain pasukan menyerang berjaya melakukan hantaran tetapi pemain lain pasukan menyerang dapat menjaringkan gol, tiada balingan 7 meter.

5.     Blue card ( Kad biru )
        Rules 16:8 (Rules 8:6, 8:10)
Kadang-kadang ianya tidak jelas untuk pasukan jika dikenakan tindakan hilang kelayakan yang diberikan oleh pengadil adalah mengikut peraturan 8:5 (tiada tindakan susulan) atau peraturan 8:6 (laporan selepas permainan) dan situasi atau keadaan ini tidak disedari oleh penonton dan media.
1.     Maklumat disediakan dengan menunjukkan kad biru (sebagai tambahan kepada kad    merah). 
2.     Kad biru mesti dimiliki oleh pengadil. 
3.     Pertamanya pengadil  akan menunjukkan kad merah dan kemudian selepas perbincangan    yang singkat pengadil akan memberi kad biru.

Tiada ulasan: