BOLA BALING WORLD

Rabu

KARNIVAL BOLA BALING 1 MURID 1 SUKAN 2011

Assalam dan salam sejahtera.

Karnival Bola Baling peringkat daerah Dungun akan berlangsung pada 20, 21 dan 22 September ini di Padang SK Tanjung Pati. Berdasarkan kepada maklumat yang dibrikan oleh PPD, jumlah penyertaan amat memberansangkan dengan penyertaan lebih daripada 20 pasukan. Pasukan Lelaki dijangka disertai 23 buah pasukan dan kategori Perempuan bawah 11 tahun dijangka 19 pasukan yang akan berentap merebut kejuaraan pada tahun ini.

Pertandingan tahun ini agak berlainan berbanding pada karnival tahun lalu kerana pertandingan tahun ini telah diubah. Dengan hanya penyertaan 5 pemain di mana 4 pemain utama dan 1 pemain gantian didaftarkan pada tahun ini. Dalam satu-satu perlawanan, sesebuah pasukan akan membariskan 1 penjaga gol dan 3 pemain gelanggang dan 1 pemain gantian. (4 lawan 4)

Walaupun bilangan pemain dikurangkan. ukuran gelanggang dan gol tetap menggunakan ukuran gelanggang yang sama. Masa permainan hanya 5 - 1 - 5 minit sahaja. Hanya pada perlawanan akhir sahaja, masanya ditambah menjadi 7 - 1 - 7 minit. Ini bermakna, sesebuah pasukan mempunyai peluang yang lebih besar untuk menjaringkan gol. Pemain juga perlu mempunyai stamina yang agak tinggi.

Selamat berjuang kepada pasukan-pasukan yang bertanding pada tahun ini. Kepada pangadil-pengadil dan pegawai-pegawai yang telah dilantik, kami mengharapkan kerjasama kalian kerana tanpa kerjasama yang baik dari kalian, siapalah kami dan karnival kali ini tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: