BOLA BALING WORLD

Ahad

BOLA BALING PEREMPUAN SKGP MENGECEWAKAN

Assalamam dan salam sejahtera....

Bicara kali ini akan mencoretkan kekecewaan bola baling perempuan SKG dalam kejohanan peringkat Zon Sura pada 12 - 14 April yang lalu. Mungkin agak terlewat nak diceritakan namun catatan ini mungkin akan menjadi pengajaran kepada saya dalam membina sesebuah pasukan yang mantap. 

Bermula dengan agak baik bila pasukan lelaki yang tidak diperatruhkan untuk mencapai kejayaan tetapi telah membuat kejutan dengan permainan yang agak baik biarpun tidak mencapai tahap sepertimana yang diharapkan. Namun pasukan lelaki berjaya menjadi naib johan Zon Sura setelah kalah 0 - 2 kepada SK Bandar Dungun yang memiliki seorang penjaring yang sangat baik dan semesti akan saya pilih untuk mewakili MSS Dungun. Kelincahan dan cara menjaring sememang cukup tinggi. Ini mungkin pengalaman latihan hujung minggu yang telah dihadirinya memberikan kelebihan selain bakat dan kecerdikan yang dimiliki.

Biarpun kalah dan hanya merangkul naib johan, pasukan lelaki berjaya mempamerkan permainan yang baiik dengan hantaran yang baik serta perancangan yang bersistem berbanding dengan pasukan-pasukan lain. Namun beberapa kelemahan individu yang telah dikenalpasti seperti Mohd Fikri, Khusairy dan pertahanan yang lemah telah menjadi faktor kekalahan kepada SK Bandar Dungun. Namun pujian sewajarnya diberikan kepada ketyua pasukan, Mohd syafiq Daniel kerana berjaya mengemudikan pasukannya dengan baik dan kerja kerasnya banyak menghasilkan jaringan-jaringan penting untuk pasukan. Tahniah, Del!....

Berbalik kepada pasukan perempuan, kelemahan mendengar arahan menjadi punca kekalahan kepada pasukan SK Sura yang hanya berlatih sehari sebelum kejohanan ini selain faktor penjaga gol 'tangkap muat' setelah pemain utama disingkirkan kerana sikap 'sombong' setelah berjaya dalam pasukan bola jaring biarpun seawal Januari lagi telah menjalani latihan untuk pasukan bola baling. Namun ketika pasukan bola baling memerlukannya, mereka 'jual mahal'. Dan sebagai 'coach', saya lebih suka menerima kekalahan dari memujuk seseorang yang sudah dikenalpasti dengan sikap 'sombong diri'. Bukan apa pengalaman lalu mengajar diiri ini agar tidak terlalu memanjakan pelajar kerana mereka akan tetap sombong selepas kiat memujuk mereka biarpun kita telah berjaya menjadikannya pemain bola baling yang terbaik.

Keputusan ini biarpun memeritkan namun tetap reda biarpun selama ini pasukan perempuan adalah target utama untuk menjadi johan MSS Dungun pada tahun ini setelah  sekian lama mengenalpasti beberapa pemain seperti mana yang telah dipaparkan dalam blog "Bola Baling Terengganu" yang terdahulu. Biarpun kesungguhan yang dilakukan dalam membentuk pasukan perempuan tidak berbaloi namun pasukan lelaki menjadi penawarnya. Persiapan kini tetap terus dijalankan dan pagi tadi, Sabtu telah memulakan langkah untuk membina pasukan yang lebih mantap bagi memberikan cabaran di kejohanan MSS Dungun yang akan berlangsung pada 24 - 26 April di Padang SK Tanjung Pati. Biarpun beberapa pemain tidak dapat menghadiri sesi latihan ini kerana latihan  pasukan bola sepak MSS Dungun namun sesi latihan ini tetap meriah dan penuh bersemangat.

Harapan agar pasukan ini dapat mencipta sesuatu di kejohanan ini nanti biarpun sasarannya hanya ke seperuh akhir sahaja. Moga pemain-pemain ini dapat mengaplikasikan semua kemahiran dan tunjuk ajar yang diberikan kerana sebelum ini mereka gagal untuk melakukan sebaik mungkin.

Sekian dulu bicara kali ini. Akhir kata "Apa yang baik datangnya dari Allah, s.w.t dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri". Wassalam.


4 ulasan:

2 pebatu tok guru berkata...

skgp kecewa... team perempuan sk kg baru lagi kecewa sbb tok leh nok baham pasukan tok guru pada kejohan mss dungun nanti

2 pebatu tok guru berkata...

skgp kecewa.... team perempuan sk kg baru lagi kecewa sbb tok leh naok baham pasukan tok guru pada kejohanan mss Dungun nanti....

Tanpa Nama berkata...

banyakkan sabar....... tguuuuuuuuuu

dinsenu berkata...

Sememangnya sabar itu sebahagian dari Iman. Kalu x sabar dah tentu tak ada sebahagian iman....

Jangan bimbang pebatu... mailah lawan friendly dengan team SKGP. Walaupun kalah tp teamnya masih ada lg. Try main kat gelenggang bola baling SKGP yang berstatus antarabangsa....