BOLA BALING WORLD

Jumaat

RAYA DI NEGERI ORANG

Salam. Buat pertama kali pada tahun ini, kami sekeluarga beraya di negeri orang. Bermula pada hari raya ke tiga, kami sekeluarga telah ke Cemeron Highland melalui jalan baru yang telah diberitahu oleh adik ipar baru kami ialah Ayah Chik Shamsol. Kami bertolak pada pukul 11.00 pagi dan sampai di Cameron Highland kira-kira pukul 8.00 malam. Nasib kami baik kerana dapat menghubungi apartmen yang pernah kami tinggal semasa kami ke sana 2 bulan yang lalu dan harga yang ditawarkan kepada kami amat murah. Dengan kadar sewa RM180 semalam, kami rasa amat murah memandang pada waktu ini adalah musim cuti persekolahan. Kami juga mencadangkan kepada rakan-rakan yang bercuti ke Cameron Highland, carilah apartmen ini memandangkan harganya yang murah dan kemudahan serta keadaan apartmen yang begitu selesa bagi kami sekeluarga dengan tiga bilik.

Anak keempat kami bergambar di hadapan Holiday Apartment yang kami menyewa

 Keadaan dalam apartment yang selesa dengan kemudahan astro menjadikan anak-anak kami lebih seronok.

Bersambung......

Tiada ulasan: