BOLA BALING WORLD

Ahad

KEMERIAHAN KEJOHANAN BOLA BALING 2010

Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu 2010 selama 3 hari yang berlangsung di SMK (A) Kuala Abang, Dungun telah berjalan dengan begitu meriah. Semua daerah di Terengganu telah mengambil bahagian termasuk tuan rumah, MSS Dungun yang cuba membariskan pasukan yang terkuat biarpun berbagai kekangan terpaksa dihadapi memandangkan kekurangan bajet untuk tahun ini. Latihan pusat tidak dapat dijalankan sepertimana tahun-tahun yang lalu. Latihan terpaksa dijalankan hanya pada waktu petang sahaja iaitu petang Isnin, Selasa dan Rabu memandangkan pada hari Ahad 2 Mei adalah cuti. Namun begitu, kekangan tersebut tidak menghalang pasukan MSS Dungun untuk memberikan tentangan kepada pasukan-pasukan yang telah membuat persediaan yang cukup dan rapi seperti MSS Hulu Terengganu, MSS Kuala Terengganu Utara dan MSS Besut.

Kejohanan kali ini banyak memudahkan kontigen-kontigen dari seluruh negeri Terengganu memandangkan gelanggang kejohanan dan penginapan di tempat yang sama. Di padang SMK (A) Kuala Abang. Walaupun padangnya tidaklah begitu baik, namun ianya memuaskan hati semua yang menyertai.

Urusetia kejohanan yang di ketuai oleh Cikgu Jabar dan Cikgu Ansury banyak membantu dan melancarkan kejohanan pada tahun ini. Pihak MSS Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas-petugas yang menjalan tugas dengan cemerlang. Saya selaku Pengerusi Teknik Bola Baling MSS Dungun begitu berbangga mempunyai rakan-rakan yang sanggup memberikan komitmen dalam menjalankan tugas yang agak berat ini dengan ikhlas. Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Azhar, Cikgu Anuar, Cikgu Shaharin, Cikgu Saipolizan, Cikgu Izarman, Cikgu Nazmi dan ramai lagi senarainya. Semoga keikhlasan kalian dalam menjalankan tanggungjawab ini akan mendapat balasan dariNya.

Kejohanan Bola Baling 2010 kali ini dimulakan dengan perlawan antara MSS Hulu Terengganu bertemu dengan MSS Besut bagi kategori lelaki 18 tahun dan saya bersama Cikgu Jabar diberi tugas untuk mengadili pertemuan dua pasukan yang mempunyai reputasi yang hebat ini. MSS Hulu Terengganu selaku juara bertahan akan menentang pasukan MSS Besut yang terkenal dengan pencapaian yang tersendiri.

Laporan kejohanan ini akan saya masukkan selepas pulang menghantar anak sulung mendaftar ke Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng. Setakat ini dulu. Jumpa lagi.

2 ulasan:

cgu nor berkata...

jgn lupa masukkan gambar i ye... posing maut tu!

dinsenu berkata...

Gambar cg nor telah dimasukkan tapi yang biasa je. Tak ada posing yang menarik.... nanti dalam kejohanan lain kita ambek gambar maut punye ye!....