Semalam, kami kehilangan seorang lagi orang kuat dalam bola baling di MSS Terengganu khususnya buat Bola Baling MSS Dungun. Cikgu Ansury Sapari, Penolong Kanan HEM di SK Tanjung Pati ini telah dijemput bertemuNya jam 3.00 pagi Selasa di Hospital Selayang akibat penyakit Hepatetis B. Jenazahnya dibawa pulang dan sampai di Dungun jam 12.30 tengahari serta disolatkan di Masjid Intan Zaharah seterusnya di semadikan pada pukul 2.30 petang tadi. Al-fatihah.
Cikgu Ansury memang orang lama dan sangat berpengalaman dalam bola baling. Pernah membawa pasukan Bola Baling MSS Pahang sebelum bertukar ke Dungun.Orang kuat di sepanjang Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu yang lalu. Kerja smart yang dikendalikannya, menjadikan kejohanan bola baling MSST telah berjalan dengan lancar. Sesungguhnya kehilangannya amat memilukan kami semua. Namun, kami tetap yakin dengan ketentuan yang telah ditentukanNya. Ada hikmat disebalik semua yang berlaku dan semoga menjadi peringatan buat kami semua.
Kenangan di kejohanan Bola Baling MSS Dungun 2010
Kenangan bersama Cg Farid di Kejohanan MSSM di Kuantan lalu
Cikgu Ansury bertopi merah (dua dari kiri) sempat bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir antara MSS Terengganu dengan MSS Sabah
Kami di Bola Baling MSS Terengganu mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin
Sesungguhnya memang benar seperti mana yang dikatakan oleh Ustaz Saifol semasa tazkirah tarawih malam tadi bahawa umat Nabi Muhammad usianya tak panjang. Anggaran 60 hingga 70 tahun sahaja. Jarang-jarang kita dengar usianya mencecah 80 tahun dan kadang-kadang sahaja kita menemui usianya lebih 90 tahun.Macam mana kita nak membandingkan amalan kita sekitar 50 hingga 60 tahun dengan umat-umat nabi yang terdahulu yang usia menjangkau sehingga ribuan tahun di padang Mahsyar nanti. Itupun belum ditolak usia kita yang "belum masuk akal". Bila ditolak terajang, usia kita sekitar 60 tahun ditolak 15 tahun makan tinggallah dalam lingkungan 45 tahun. Dan 45 tahun itupun bukannya sepenuhnya amalannya.
Oleh itu, dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t telah memberikan peluang kepada umat Nabi Muhammad untuk mendapat gandaan amalan berbanding dengan umat-umat terdahulu. Maka marilah kita beersama-sama berkunjung ke rumah Allah untuk sama-sama meningkatkan amalan kita di usia yang tak seberapa ini. Nescaya jika sesungguhnya kita ikhlas dan niat yang suci, maka kita akan mendapat barakahnya nanti. Insya-Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan