Melalaui catatan ini, saya ingin menceritakan sedikit tentang suasana hari raya tahun ini. Sesungguhnya raya tahun ini amat meriah walaupun dalam keadaan ekonomi kami yang tidak berapa mantap. Namun kunjungan adik-adik dan ipar serta biras, berkumpul di pagi raya di rumah kami amat mengujakan kerana inilah kali pertama suasana yang meriah di pagi raya sepanjang pengalaman kami sekeluarga beraya. Memandangkan ibu-ibu kami telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, destinasi pagi raya bertukar-tukar tempat dan tahun ini rumah kami menjadi tempat berkumpul. Betapa gembiranya hati ini melihat pelbagai kerenah anak-anak saudara dengan pakaian raya masing-masing dan juga gelak ketawa adik-adik, ipar dan juga biras yang sama-sama bermaaf-maafan.
Bersama keluarga tercinta
Pak Alang dan Mak Alang sekeluarga
Ayah Ngah dan Mak Ngah sekeluarga
Ayah Teh dan Mak Teh sekeluarga
Mak Uda (bertudung hijauu) dan Mak Chik (bertudung purple)
Ayah Chik berbaju Melayu purple
Pak Su yang ketinggalan semasa sesi bergambar pada awalnya.
Kami sekeluarga mengharapkan keluarga kami ini akan kekal harmoni sehingga ke akhir hayat. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Harap berjumpa lagi pada Raya tahun depan. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan