BOLA BALING WORLD

Rabu

RAMADHAN DATANG LAGI

Salam buat semua muslimin dan muslimat,

Alhamdulillah.... Ramadhan datang lagi tahun ini. Syukur kepada Allah s.w.t kerana melanjutkan setahun lagi usia kita untuk bertemu bulan yang mulia lagi barakah. Ramadhan Al-Mubarak. Dapatlah kita menambah ibadat yang pada bulan ini Allah s.w.t memberikan bonus buat umatnya yang taat mengikuti perintahnya. Bayangkanlah pada bulan yang mulia ini jika kiota lakukan amalan yang biasa kita lakukan di bulan-bulan yang lain akan mendapat pahala yang berganda bila kita teruskan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Kata iman ketika memberikan tazkirah di pertengahan terawih sebentar tadi, 70 kali ganda pahala untuk umatNya yang taat melakukan ibadat yang wajib pada bulan ini. Dan tambahan lagi pahala puasa dan pahala sunat tarawih. Masya-Allah, besarnya bonus yang Allah s.w.t berikan kepada muslimin dan muslimat yang tetap taat melakukan perintahNya. Itu tak kira lagi pahala Lailatul Qadar!... Tak nakkah kita dengan bonus dari Allah s.w.t ini?

Namun begitu, di saat hati ini gembira dapat menemui Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi tahun ini, hati terasa sayu mengingati rakan sejawat di SKPS dulu. Ketika berada di masjid pada tahun lalu, setiap kali ke masjid bertarawih, kami sentiasa bersama. Berkebetulan nama kami serupa. Cikgu Kamarudin. Penolong Kanan Ko-kurikullum di SKPS. Namun beliau tidak lagi dapat bersama menunaikan ibadat tarawih tahun ini kerana baru beberapa bulan yang lalu beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang untuk kita bertaubat dan menambahkan lagi ibadat buat bekalan di hari akan datang ketika kita bertemu denganNya.

Marilah kita berhenti sebentar dengan sukan dan bola balingnya. Tumpukan sejenak untuk bersama mengutip nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ketika kita masih lagi berpeluang untuk merasainya. Betapa rugibagi mereka yang masih lagi lali dengan sedikit nikmat dunia yang Allah duga untuk melihat keimanan umat-umatnya. Nescaya beruntunglah mereka yang hatinya selalu mengingati Allah.

Salam. Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan.

Tiada ulasan: