BOLA BALING WORLD

Khamis

KEHILANGAN KEDUA BUAT BOLA BALING MSST

Salam dan selamat meyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat khusus buat anggota Bola Baling MSS Terengganu.

Semalam, kami kehilangan seorang lagi orang kuat dalam bola baling di MSS Terengganu khususnya buat Bola Baling MSS Dungun. Cikgu Ansury Sapari, Penolong Kanan HEM di SK Tanjung Pati ini telah dijemput bertemuNya jam 3.00 pagi Selasa di Hospital Selayang akibat penyakit Hepatetis B. Jenazahnya dibawa pulang dan sampai di Dungun jam 12.30 tengahari serta disolatkan di Masjid Intan Zaharah seterusnya di semadikan pada pukul 2.30 petang tadi.  Al-fatihah.

Cikgu Ansury memang orang lama dan sangat berpengalaman dalam bola baling. Pernah membawa pasukan Bola Baling MSS Pahang  sebelum bertukar ke Dungun.Orang kuat di sepanjang Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu yang lalu. Kerja smart yang dikendalikannya, menjadikan kejohanan bola baling MSST telah berjalan dengan lancar. Sesungguhnya kehilangannya amat memilukan kami semua. Namun, kami tetap yakin dengan ketentuan yang telah ditentukanNya. Ada hikmat disebalik semua yang berlaku dan semoga menjadi peringatan buat kami semua.

 Kenangan di kejohanan Bola Baling MSS Dungun 2010

Kenangan bersama Cg Farid di Kejohanan MSSM di Kuantan lalu

Cikgu Ansury bertopi merah (dua dari kiri) sempat bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir antara MSS Terengganu dengan MSS Sabah

Kami di Bola Baling MSS Terengganu mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin

Sesungguhnya memang benar seperti mana yang dikatakan oleh Ustaz Saifol semasa tazkirah tarawih malam tadi bahawa umat Nabi Muhammad usianya tak panjang. Anggaran 60 hingga 70 tahun sahaja. Jarang-jarang kita dengar usianya mencecah 80 tahun dan kadang-kadang sahaja kita menemui usianya lebih 90 tahun.Macam mana kita nak membandingkan amalan kita sekitar 50 hingga 60 tahun dengan umat-umat nabi yang terdahulu yang usia menjangkau sehingga ribuan tahun di padang Mahsyar nanti. Itupun belum ditolak usia kita yang "belum masuk akal". Bila ditolak terajang, usia kita sekitar 60 tahun ditolak 15 tahun makan tinggallah dalam lingkungan 45 tahun. Dan 45 tahun itupun bukannya sepenuhnya amalannya.

Oleh itu, dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t telah memberikan peluang kepada umat Nabi Muhammad untuk mendapat gandaan amalan berbanding dengan umat-umat terdahulu. Maka marilah kita beersama-sama berkunjung ke rumah Allah untuk sama-sama meningkatkan amalan kita di usia yang tak seberapa ini. Nescaya jika sesungguhnya kita ikhlas dan niat yang suci, maka kita akan mendapat barakahnya nanti. Insya-Allah.

Rabu

RAMADHAN DATANG LAGI

Salam buat semua muslimin dan muslimat,

Alhamdulillah.... Ramadhan datang lagi tahun ini. Syukur kepada Allah s.w.t kerana melanjutkan setahun lagi usia kita untuk bertemu bulan yang mulia lagi barakah. Ramadhan Al-Mubarak. Dapatlah kita menambah ibadat yang pada bulan ini Allah s.w.t memberikan bonus buat umatnya yang taat mengikuti perintahnya. Bayangkanlah pada bulan yang mulia ini jika kiota lakukan amalan yang biasa kita lakukan di bulan-bulan yang lain akan mendapat pahala yang berganda bila kita teruskan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Kata iman ketika memberikan tazkirah di pertengahan terawih sebentar tadi, 70 kali ganda pahala untuk umatNya yang taat melakukan ibadat yang wajib pada bulan ini. Dan tambahan lagi pahala puasa dan pahala sunat tarawih. Masya-Allah, besarnya bonus yang Allah s.w.t berikan kepada muslimin dan muslimat yang tetap taat melakukan perintahNya. Itu tak kira lagi pahala Lailatul Qadar!... Tak nakkah kita dengan bonus dari Allah s.w.t ini?

Namun begitu, di saat hati ini gembira dapat menemui Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi tahun ini, hati terasa sayu mengingati rakan sejawat di SKPS dulu. Ketika berada di masjid pada tahun lalu, setiap kali ke masjid bertarawih, kami sentiasa bersama. Berkebetulan nama kami serupa. Cikgu Kamarudin. Penolong Kanan Ko-kurikullum di SKPS. Namun beliau tidak lagi dapat bersama menunaikan ibadat tarawih tahun ini kerana baru beberapa bulan yang lalu beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang untuk kita bertaubat dan menambahkan lagi ibadat buat bekalan di hari akan datang ketika kita bertemu denganNya.

Marilah kita berhenti sebentar dengan sukan dan bola balingnya. Tumpukan sejenak untuk bersama mengutip nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ketika kita masih lagi berpeluang untuk merasainya. Betapa rugibagi mereka yang masih lagi lali dengan sedikit nikmat dunia yang Allah duga untuk melihat keimanan umat-umatnya. Nescaya beruntunglah mereka yang hatinya selalu mengingati Allah.

Salam. Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan.

Selasa

GEJALA ANAK LUAR NIKAH YANG MEMBIMBANGKAN

Salam buat semua khususnya remaja-remaja dan sentiasa dalam ingatan, 'players' bola baling Terengganu. Hari ini saya akan memperkatakan tentang gejala sosial remaja hari ini yang semakin parah. Biarpun ianya tidak ada kena mengena dengan bidang sukan namun terdetik hati ini mengingati anak-anak didik dalam 'Terengganu Handball Team' yang seusia dengan anak-anak saya.

Maklumat terkini oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bahawa sejumlah 257 000 kelahiran bayi tanpa bapa yang didaftar antara tahun 2000 hingga Julai 2009. Hal ini sememangnya membimbangkan banyak pihak terutama ibu bapa yang prihatin seperti saya yang juga mempunyai 3 orang anak perempuan dan 2 orang anaka lelaki. Jumlah kelahiran bayi tanpa bapa atau lebih jelas. kelahiran anak zina atau lebih keras, kelhiran anak haram ini merupakan kelahiran yang telah berdaftar dengan JPN. Bagaimana pula kelahiran yang tidak berdaftar? Bagaimana pula jumlah yang telah membunuh anak (janin) awal-awal lagi, sebelum keluar ataupun selepas keluar? Dan kirakan pula jumlah buang bayi yang terlalu banyak berlaku hari ini!... Terlalu mengerikan bagi saya.

Stastik tersebut hanya dalam jangka masa 10 tahun yang lalu.... bayangkanlah jangka masa 10 tahun akan datang. Tahun 2020, tahun kita mencapai wawasan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Apakah tidak mungkin angka atau jumlahnya akan berlipat kali ganda jika sesuatu tidak dilakukan dengan berkesan. Hal ini amat menakutkan kerana anak-anak saya akan melaluinya samada bersama saya ataupun tidak.... Mohon dijauhkan bala seperti ini.....

Apakah tindakan kita? Apakah dengan memperketatkan undang-undang mampu untuk membenteras masalah besar seperti ini? Atau dengan menubuhkan pusat penerimaan bayi mampu menyelesaikannya? Dan berkesankah program memberikan kondom percuma oleh kementerian kesihatan untuk menyelasaikan masalah seperti ini?
Perangkaan Bayi Haram dari 2007 - 2009 oleh JPN

Jawapan yang jelas... kembalilah kepada jalan Allah. Gunapakailah undang-undang dari Allah s.w.t kerana ianya sudah lengkap selengkapnya. Dari dulu hingga hari akhirnya. Usahlah kita pertikaikannya kerana ianya boleh menjadikan kita syirik. Saya yakin dengan sepenuh-penuhnya, jika kita menjalankan hukum hudup nescaya gejala seperti ini akan dapat dibenteraskan. Oleh keran kita menggunakan undang-undang orang putih, maka jadikan kita 'mat salleh sawo matang'.

Jadi, kepada kalian terutamanya anak-anak remaja khususnya kepada anak-anak didik semua.... jauhi diri kalian dari perkara-perkara sedemikian. Kembalilah kepada Al-Quran dan hadis. Ingatlah, hidup bukan untuk hari ini sahaja, Insya-Allah kita akan dibicarakan dia atas apa yag kita lakukan di atas dunia ini. Dan balasan yang sewajarnya akan menunggu kita....

Artikel: 257 000 anak luar nikah membimbangkan: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27481:257000