BOLA BALING WORLD

Khamis

CATATAN BUAT PENGADIL

Pengadil merupakan orang yang penting dalam gelanggang. Pengadil boleh menentukan dan memberikan kemenangan kepada pasukan mana yang beliau suka. Namun prinsip kepengadilan yang harus kita miliki mestilah adil dan membuat keputusan yang tepat berdasarkan kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

Namun begitu, ada sesetengah pengadil yang dilantik tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan betul dan tepat. Akibatnya pemain-pemain menjadi bosan dan tidak kreatif terutama kepada penyerang-penyerang. Pengadil seharusnya berani mengambil tindakan tegas kepada pertahanan yang bertindak agresif kepada penyerang dan proses menghalang pasukan lawan menjaringkan gol kerana jika seorang pengadil lemah dalam menentukan keputusan dan memberikan banyak kelebihan kepada pertahanan maka penyerang-penyerang akan hilang 'skill' yang tinggi dan kreativiti dalam proses menjaringkan gol.

Cikgu Jabar dan saya memulakan perlawanan antara MSS Besut dan MSS Hulu Terengganu

Hal seperti ini pernah berlaku kepada pasukan L12 MSS Terengganu di Kejohanan Bola Baling MSSM di Kedah pada 2009 yang lalu apabila pemain MSS Terengganu yang memiliki kemahiran yang tinggi dan mengagumkan dalam kemahiran dan teknik mengatasi pertahanan lawan telah dirempuh kasar ketika hampir menjaringkan gol. Namun pengadil sekadar memberikan balingan percuma di luar garisan sembilan, sedangkan balingan penalti sewajarnya telah diberikan kepada pasukan MSS Terengganu dan hukuman 2 minit kepada pihak lawan. Ini kerana 'pengadil takut' untuk memberikan balingan penalti kerana pada pandangan mereka, balingan penalti ini merupakan hukuman yang berat sedangkan banyak yang telah kita saksikan dalam kejohanan antarabangsa, balingan penalti ini suatu perkara yang biasa apabila pihak bertahan menghapuskan peluang pasukan penyerang untuk menjaringkan gol.

Cg Khairul dan Cg Rizalman mengadili perlawanan antara MSS Dungun dan MSS Kuala Terengganu Selatan

 Perkara seperti ini juga berlaku dalam pasukan L12 MSS Dungun yang begitu cemerlang dengan 'skill' dan kemahiran mengatasi pertahanan lawan sentiasa dirempuh kasar oleh pihak lawan, sekadar mendapat balingan percuma di luar kawasan 9 meter, sedangkan balingan penalti seharusnya diberikan kepada pasukan kami. Inilah yang merugikan kepada pasukan yang mempunyai kemahiran yang tinggi namun kalah kerana keputusan pengadil yang tidak berani membuat keputusan yang sewajarnya.

Dalam keadaan penyerang sudah melepasi pertahanan seperti diatas, balingan penalti wajar diberikan jika balingan tersebut tidak dapat dijaringkan oleh kerana peluang teklah dihapuskan oleh tindakan pertahanan.

Ingatlah rakan-rakan pengadil yang budiman!..... jika peluang menjaringkan gol telah dimusnahkan oleh pihak bertahan, maka balingan penalti sewajar diberikan kepada pasukan menyerang beserta hukuman 2 minit wajar dikenakan kepada pihak bertahan. Inilah tindakan berani yang seharusnya diambil oleh pengadil-pengadil bila seorang penyerang berjaya mengatasi pertahanan dan peluang menjaringkan gol telah dimusnahkan oleh pertahanan.

Harapan saya agar pengadil-pengadil yang dilantik lebih berani untuk memberikan peluang kepada pihak penyerang dalam tindakan mereka mencipta jaringan supaya kita akan dapat melihat mereka menjadi lebih kreatif ketika berhadapan dengan pertahanan dalam proses menjaringkan gol. Semoga bola baling menjadi lebih menarik dan berseni.....

2 ulasan:

NASOHA berkata...

Sangat bersetuju pandangan cikgu..
Kelemahan:
1.Tidak membaca buku undang-undang IHF
2.Salah menginterpertasi undang-undang.
3.Tidak pernah didedahkan dengan pertandingan peringkat kebangsaan / antarabangsa.
4.Kurang keyakinan akibat cetek ilmu.
5.Malas mengulangkaji.

dinsenu berkata...

Terima kasih atas respon Nasoha. Pandangan Nasoha sememangny tepat. Kelima-lima fakta yang diberikan tepat. Kebanyakan pengadil-pengadil hari ini menganggap remas tentang undang-undang dan tidak mengulangkaji serta malu untuk bertanya dan menimba ilmu dari mereka-mereka yang berpengalaman. Sebab itu mereka gagal untuk meninterpertasikan undang-undang dengan tepat.... tqvm