BOLA BALING WORLD

Sabtu

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 17

17.    PENGADIL
17.1  Dua orang referi atau pengadil yang mempunyai kuasa yang sama harus bertugas untuk setiap pertandingan. Mereka dibantu oleh penjaga masa dan pencatat.



17.2  Referi atau pengadil mengawasi tingkah laku pemain dari mula masuk gelanggang sehingga meninggalkan gelanggang.

17.3  Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang permainan, tiang gol dan bola sebelum permainan dimulakan. Keputusan penggunaan bola bergantung kepada undang-undang 1 dan 3.1.
  1. Referi atau pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian seragam. 
  2. Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain. 
  3. Mereka mempastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat bangku pemain gantian. 
  4. Mereka hendaklah memaklumkan kehadiran pegawai pasukan. 
  5. Segala kesilapan mestilah diperbetulkan (Peraturan 4.1 - 4.2 dan 4.7 - 4.9)
17.4  Lambungan syiling dilakukan oleh salah seorang referi atau pengadil dengan kehadiran seorang lagi referi dan kedua-dua ketua pasukan.

17.5  Semasa permulaan permainan seorang referi akan mengambil tempat sebagai pengadil gelanggang di belakang pasukan yang membuat balingan permulaan.
  1. Pengadil gelanggang akan memulakan permainan dengan isyarat wisel untuk balingan permulaan. (Peraturan 10.3)
  2. Bila berlaku serangan balas, referi gelanggang akan menjadi referi gol dan berada di belakang garisan gol.
  3. Referi yang seorang lagi, yang sebelumnya menjadi referi gol gol akan menjadi referi gelanggang.
  4. Referi atau pengadil mestilah menukar kedudukan dari semasa ke semasa di dalam permainan.
17.6  Pada dasarnya keseluruhan permainan harus diadili oleh referi atau pengadil yang sama.
  1. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mempastikan pertandingan berjalan mengikut undang-undang. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan. (Rujuk peraturan 13.2 dan 14.2)
  2. Sekiranya seorang referi atau pengadil tidak dapat meneruskan pengadilan, pasangannya akan meneruskan pengadilan seorang diri. (Untuk IHF dan kejihanan tempatan, keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undang-undang)
17.7  Sekiranya referi atau pengadil meniup wisel untuk sesuatu kesalahan serentak tetapi mempunyai hukuman berbeza, maka hukuman yang lebih berat harus digunakan daripada hukuman yang diberi.

17.8  Sekiranya pengadil meniup wisel pada waktu yang sama atau bola keluar gelanggang, referi atau pengadil mempunyai pandangan berbeza pasukan mana yang akan mengambil bola, maka perbincangan boleh dilakukan. Sekiranya perbincangan tidak dapat keputusan muktamad, referi atau pengadil gelanggang akan menentukan keputusan.

17.9  Kedua-dua referi atau pengadil bertanggungjawab menyimpan keputusan jaringan. Mereka juga membuat catatan berkaitan amaran, penggantungan, penyingkiran dan pembatalan.

17.10 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab mengawal masa permainan. Sekiranya ada pertikaian ketepatan masa oleh penjaga masa, referi atau pengadil akan membuat perbincangan. (Peraturan 2.3)

17.11 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memastikan pencatat mengisi borang pencatat dengan betul.
  1. Pembatalan (Peraturan 16.11) dan Penyingkiran seperti undang-undang 16.8 perenggan 4 mestilah dilaporkan dalam laporan pengadil.
17.12 Keputusan yang dibuat oleh referi atau pengadil berpandukan pemerhatian kepada fakta atau keputusan referi atau pengadil adalah muktamad.
  1. Rayuan boleh dikemukakan hanya kepada keputusan yang tidak termaktub dalam undang-undang.
  2. Semasa permainan hanya pegawai pasukan bertanggungjawab berhak untuk memanggil pengadil.
17.13 Referi atau pengadil mempunyai hak untuk menggantung permainan sementara atau tetap.
  1. Referi atau pengadil harus berusaha untuk menyambung kembali perlawanan sebelum memberhentikan permainan secara tetap.
17.14 Pakaian seragam hitam adalah keutamaan.

Tiada ulasan: