BOLA BALING WORLD

Selasa

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 10

10.    BALINGAN PERMULAAN
10.1  Untuk memulakan permainan, balingan permulaan akan dilakukan:
  1. Oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian dan memilih untuk memulakan permainan.
  2. Pihak lawan berhak untuk memilih gelanggang
  • Melainkan jika pasukan yang menang lambungan syiling memilih gelanggang (maka pihak lawan mengambil balingan permulaan)
  • Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan permulaan dibuat oleh pasukan yang tidak mengambil balingan permulaan pada masa pertama.
  • Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan.
10.2  Selepas jaringan dilakukan: Balingan permulaan akan dilakukan oleh pasukan yang kena gol.

10.3  Balingan permulaan diambil dari tengah gelanggang (1.5 meter dari tengah) kawasan permainan dengan sebelah kaki di atas garisan tengah dan balingan dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki.
  1. Balingan permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil membunyikan wisel.
  2. Pemain yang mengambil balingan permulaan mesti memijak garisan tengah dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan.
  • Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah sebelum wisel berbunyi.
10.4  Untuk membuat balingan permulaan pada setiap separuh masa (termasuk masa tambahan) semua pemain mesti berada di kawasan masing-masing.
  • Walau bagaimanapun, balingan permulaan selepas jaringan gol dilakukan, pihak lawan (pihak yang menjaring) dibenarkan berada di kedua-dua belah gelanggang. (Selepas satu jaringan, pasukan bertahan boleh berada di kedua-dua kawasan).
  • Dalam kedua-dua keadaan, pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat balingan permulaan.
Nota:
Balingan permulaan dilakukan apabila:
  1. Memulakan permainan / perlawanan.
  2. Selepas jaringan gol.
  3. Selepas separuh masa ke dua bermula.

Tiada ulasan: