Buat pengetahuan semua, memandangkan keadaan ekonomi meleset, kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang kurang maka Kejohanan Bola Baling MSSM 2010 tidak dipertandingkan kali ini.
Sayang sekali bagi MSSM Terengganu kerana bola baling tidak dipertandingkan pada Kejohanan MSSM tahun 2010 nanti kerana perancangan rapi yang telah dibuat untuk mempertahankan kejuaraan buat kali yang ke-empat tidak kesampaian. Bakat-bakat baru telahpun dikenalpasti dan dipilih telahpun menampakkan kejayaan yang bakal dikecapi.
Harapan kami agar MSSM mengkaji semula penyertaan bola baling di peringkat MSSM 2010 nanti agar dapat memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyertai dalam permainan bola baling .
Kepada pemain-pemain yang telah menjalani pemilihan dan latihan hujung minggu, ucapan terima kasih atas komitmen yang telah kalian tunjukkan. Sama-samalah kita berdoa agar bola baling disenaraikan kembali dalam Kejohanan MSSM 2010 nanti.
Rabu
Sabtu
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 18
18. PENJAGA MASA DAN PENCATAT
18.1 Penjaga Masa bertanggungjawab terhadap masa permainan, masa hentian 'Time Out' dan penggantungan pemain.- Pencatat bertanggungjawab kepada senarai nama pendaftran pasukan, borang keputusan markah, pertukaran pemain dan kemasukan pemain.
- Sekiranya berlaku gangguan masa bermain, penjaga masa bertanggungjawab memberitahu pegawai pasukan tentang lama masa berlangsung dari jumlah masa yang tinggal.
- Penjaga masa memberitahu pemain yang digantung tentang masa penggantungan telah tamat.
- Penjaga masa sahaja yang boleh memberhentikan permainan sekiranya perlu.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 17
17. PENGADIL
17.1 Dua orang referi atau pengadil yang mempunyai kuasa yang sama harus bertugas untuk setiap pertandingan. Mereka dibantu oleh penjaga masa dan pencatat.17.2 Referi atau pengadil mengawasi tingkah laku pemain dari mula masuk gelanggang sehingga meninggalkan gelanggang.
17.3 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang permainan, tiang gol dan bola sebelum permainan dimulakan. Keputusan penggunaan bola bergantung kepada undang-undang 1 dan 3.1.
- Referi atau pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian seragam.
- Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain.
- Mereka mempastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat bangku pemain gantian.
- Mereka hendaklah memaklumkan kehadiran pegawai pasukan.
- Segala kesilapan mestilah diperbetulkan (Peraturan 4.1 - 4.2 dan 4.7 - 4.9)
17.5 Semasa permulaan permainan seorang referi akan mengambil tempat sebagai pengadil gelanggang di belakang pasukan yang membuat balingan permulaan.
- Pengadil gelanggang akan memulakan permainan dengan isyarat wisel untuk balingan permulaan. (Peraturan 10.3)
- Bila berlaku serangan balas, referi gelanggang akan menjadi referi gol dan berada di belakang garisan gol.
- Referi yang seorang lagi, yang sebelumnya menjadi referi gol gol akan menjadi referi gelanggang.
- Referi atau pengadil mestilah menukar kedudukan dari semasa ke semasa di dalam permainan.
- Adalah menjadi tanggungjawab untuk mempastikan pertandingan berjalan mengikut undang-undang. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan. (Rujuk peraturan 13.2 dan 14.2)
- Sekiranya seorang referi atau pengadil tidak dapat meneruskan pengadilan, pasangannya akan meneruskan pengadilan seorang diri. (Untuk IHF dan kejihanan tempatan, keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undang-undang)
17.8 Sekiranya pengadil meniup wisel pada waktu yang sama atau bola keluar gelanggang, referi atau pengadil mempunyai pandangan berbeza pasukan mana yang akan mengambil bola, maka perbincangan boleh dilakukan. Sekiranya perbincangan tidak dapat keputusan muktamad, referi atau pengadil gelanggang akan menentukan keputusan.
17.9 Kedua-dua referi atau pengadil bertanggungjawab menyimpan keputusan jaringan. Mereka juga membuat catatan berkaitan amaran, penggantungan, penyingkiran dan pembatalan.
17.10 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab mengawal masa permainan. Sekiranya ada pertikaian ketepatan masa oleh penjaga masa, referi atau pengadil akan membuat perbincangan. (Peraturan 2.3)
17.11 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memastikan pencatat mengisi borang pencatat dengan betul.
- Pembatalan (Peraturan 16.11) dan Penyingkiran seperti undang-undang 16.8 perenggan 4 mestilah dilaporkan dalam laporan pengadil.
- Rayuan boleh dikemukakan hanya kepada keputusan yang tidak termaktub dalam undang-undang.
- Semasa permainan hanya pegawai pasukan bertanggungjawab berhak untuk memanggil pengadil.
- Referi atau pengadil harus berusaha untuk menyambung kembali perlawanan sebelum memberhentikan permainan secara tetap.
Jumaat
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 16
16. HUKUMAN-HUKUMAN
16.1 AMARAN
- BOLEH diberikan kepada perkara-perkara yang melibatkan kekasaran terhadap pihak lawan, tidak termasuk kepada kategori hukuman berturutan, perkara 8.3
- MESTI diberikan apabila:
- melakukan kekasaran yang agresif
- kekasaran semasa melakukan halangan.
- tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai.
4. Pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan TIDAK BOLEH diberikan KAD KUNING berikutnya.
5. Seorang pegawai hanya diberi sekali sahaja KAD KUNING.
16.2 Referi atau pengadil akan menunjukkan KAD KUNING kepada pemain atau pegawai dan penjaga masa atau pencatat untuk dibuat catatan. (Ukuran kad 9 cm x 12 cm)
16.3 PENGGANTUNGAN
Penggantungan MESTI diberikan:- Kesalahan pertukaran pemain (Peraturan 4.5 - 4.6)
- Melakukan kesalahan yang berulang (Peraturan 8.3)
- Melakukan sikap tidak bersemangat kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar gelanggang. (Peraturan 8.4)
- Kesalahan kali kedua oleh pegawai (Peraturan 16.1.4 dan 8.4)
- Tidak meletakkan bola dengan serta merta apabila berlaku kesalahan (Peraturan 13.5)
- Mengganggu pihak lawan semasa balingan dilakukan (Peraturan 15.7).
- Kesalahan oleh pemain atau pegawai yang tidak layak menyertai permainan - Tambahan 2 minit lagi (Peraturan 16.3)
- Tiada semangat kesukanan oleh pemain (Peraturan 16.12)
16.5 Masa penggantungan adalah 2 minit.
- Penggantungan kali ketiga pada pemain yang sama, hukumannya disingkir (KAD MERAH).
- Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.
- Memulakan masa penggantungan dengan wisel.
- Penggantungan 2 minit akan dibawa ke seperauh masa kedua. jika masa masa penggantungan belum tamat.
- Penggantungan 4 minit (2 minit, 2 minit). Keadaan ini boleh dikenakan kepada pemain apabila seseorang pemain melakukan kesalahanberulang kali selepas dikenakan gantungan 2 minit / melakukan keselahan selepas tamat masa gantungan 2 minit seperti salah masuk, maka pemain ini digantung 2 minit lagi (Peraturan 16.12)
BOLEH diberikan kepada:
- Pemain yang tidak didaftarkan dalam pemainan itu.
- Kesalahan kali ketiga oleh pegawai yang melakukan kesalahan tiada semangat kesukanan atau selepas pegawai lain telah menerima hukuman penggantungan 2 minit.
- Membahayakan pihak lawan.
- Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai pasukan sama ada di dalam atau diluar gelanggang.
- Menyerang di luar masa bermain, sebelum bermain atau semasa pertukaran gelanggang (Peraturan 8.7, 16.13.2 dan 16.13.4)
- Kerana penggantungan kali ketiga (Peraturan 16.5.1)
- Menyerang oleh pegawai pasukan (Peraturan 8.7)
- Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan semasa pertukran gelanggang.
16.8 Pemain atau pegawai pasukan yang telah disingkirkan, pasukannya MESTI berkurangan seorang pemain (mengeluarkan seorang pemain) sehingga masa penggantungan selama 2 minit tamat. Selepas tamat masa penggantungan, bolehlah menambah kembali jumlah pemain. Masa penggantungan boleh ditambah 2 minit lagi sekiranya pegawai atau pemain melakukan kesalahan tiad semangat kesukanan.
16.9 PEMBATALAN
BOLEH diberikan:- Pemain melakukan kesalahan yang berat semasa permainan.
16.11 Pemain yang dibatalkan hendaklah beredar dari kawasan gelanggang dan tempat pemain gantian dan TIDAK DAFTARKAN terus bersama pasukannya untuk keseluruhan kejohanan.
Khamis
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 15
15. BALINGAN-BALINGAN
15.1 Bola hendaklah berada pada tangan si pembaling sebelum balingan dilakukan.15.2 Semasa melakukan balingan permulaan, balingan ke dalam, balingan percuma atau balingan 7 meter, si pembaling hendaklah memastikan sebelah kaki hendaklah memijak lantai atau gelanggang dan sebelah kaki lagi boleh diangkat dan diletakkannya beriulang-ulang.
15.3 Referi dimestikan meniup wisel untuk memulakan:
- Balingan permulaan dan balingan 7 meter.
- Balingan ke dalam, balingan gol atau balingan percuma:
- memulakan balingan percuma peraturan 13.4
- selepas membetulkan kedudukan pemain.
- selepas amaran / hukuman diberi.
Nota:
Selepas tiupan wisel, balingan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat.
15.4 Balingan dikira selepas bola melepas tangan si pembaling.
- TIDAK DIBENARKAN menyerah bola kepada pemain sepasukan semasa balingan hendak dibuat (serahan darin tangan ke tangan)
15.6 Jaringan gol boleh dibuat dari mana-mana arah kecuali (Peraturan 12.2) jaringan sendiri oleh penjaga gol.
15.7 Kedudukan pemain pertahanan yang salah semasa balingan permulaan, balingan ke dalam atau balingan percuma tidak perlu diperbetulkan oleh referi atau pengadil. Jika pemain penyerang berada dalam kedudukan yang akan menguntungkan maka kedudukan tersebut perlu diperbetulkan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 14
14. BALINGAN 7 METER
14.1 Balingan 7 meter akan diberi apabila:- Peluang menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan.
- Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendak menjaringkan gol.
- Gangguan daripada luar (penonton masuk gelanggang)
14.3 Semasa balingan 7 meter hendak dilakukan, permainan hendaklah diberhentikan (isyarat 'Time Out' diberikan)
14.4 Balingan 7 meter hendaklah dibaling ke arah gol selepas 3 saat wisel dibunyikan.
14.5 Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh memijak atau melintasi garisan 1 meter (garisan had balingan 7 meter) sebelum balingan dilakukan.
14.6 Setelah bola dibaling, bola tersebut TIDAK DIBENARKAN disentuh oleh mana-mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena bahagian gol.
14.7 Semua pemain TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter) semasa balingan 7 meter dilakukan kecuali pembaling 7 meter.
- Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma (garisan 9 meter) sebelum bola dilepaskan dari tangan pembaling 7 meter, balingan percuma akan diberikan kepada pihak bertahan.
14.9 Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dilepaskan pembaling 7 meter, balingan 7 meter akan diulang semula jika tidak gol dan dikirakan jaringan jika masuk gol.
14.10 Pertukaran penjaga gol TIDAK DIBENARKAN setelah pembaling sedia membuat balingan 7 meter. Sebarang percubaan untuk membuat pertukaran akan diberikan hukuman 16.1(4) dan 16.3(3).
Situasi balingan 7 meter dilakukan
Aksi pembaling melakukan balingan 7 meter
Penjaga gol mengawal gawangnya ketika balingan 7 meter
Kedudukan pemain-pemain ketika balingan 7 meter dilakukan
Rabu
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 13
13. BALINGAN PERCUMA
13.1 Referi atau pengadil akan memberhentikan permainan atas kesalahan yang dilakukan oleh:- Pasukan yang memegang boal (Peraturan 4:23)
- Pasukan bertahan.
- Peraturan 13:1(1) - Pasukan bertahan mengawal bola selepas berlaku kesalahan.
- Peraturan 13:1(2) - Referi atau pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan sehingga pasukan menyerang hilang kawalan bola atau seandainya tidak dapat meneruskan serangan disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pihakbertahan. (keuntungan / Advantange rule)
Hukuman Individu
Referi atau pengadil akan memberikan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan selepas satu kelebihan diberikan kepada pasukan menyerang. peraturan 13:2 tidak diguna pakai jika berlaku peraturan 4:2-3 atau 4:5-6 (Kesalahan pegawai dan pertukaran pemain).13.3 Kesalahan 13.1 (1-2) berlaku semasa bola diluar permainan, pemainan akan dimulakan dengan keadaan yang sepatutnya.
13.4 Balingan percuma akan diberikan walaupun tanpa berlaku kesalahan undang-undang:
- Pasukan yang sedang mengawal bola akan membuat balingan percuma.
- Jika kedua-dua tidak mengawal bola, pasukan akhir yang mengawal bola akan memdapat balinga percuma.
- Jika perlawanan di dalam dewan, bola terkena siling atau lain-lain, pasukan lawan akan membuat balingan percuma.
- Peraturan 13.2 tidak diguna pakai dalam situasi 13.4
13.6 Balingan percuma boleh diambil tanpa tiupan wisel referi kecuali peraturan 15.3 (Balingan 7 meter / permulaan)
- Peraturan 13.4 (1, 2 dan 3) balingan percuma hendaklah dibuat selepas tiupan wisel.
- Jika terdapat gangguan dari pegawai teknikal atau penjaga masa disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai atau pemain pasukan bertahan, balingan percuma akan diambil oleh pihak lawan di tempat di mana berlakuknya kesalahan selepas tiupan wisel oleh referi. Kesalahan 4.2.3, 4.5.6 dan 7.10 boleh diguna pakai peraturan di atas.
- Semua balingan percuma tidak boleh diambil di dalam kawasan gol atau kawasan 9 meter pasukan lawan (mesti dibawa keluar garisan 9 meter). Semasa balingan percuma diambil, pihak lawan hendaklah berada pada jarak tidak kurang dari 3 meter.
13.8 Pemain penyerang tidak boleh menyentuh atau memasuki kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter) sebelum balingan percuma diambil atau dilakukan.
- Referi atau pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain yang berada di kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter).
- Balingan ini hendaklah dimulakan selepas tiupan wisel. Jika kesalahan yang sama dilakukan sebelum bola dilepaskan, balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 12
12. BALINGAN GOL
12.1 Balingan gol diberikan bila penjaga gol mengawal bola dalam kawasannya atau bila keseluruhan bola melepasi garisan gol selepas disentuh kali terakhir oleh penjaga gol atau pemain lawan.- Ini bermakna, dalam kedua-dua situasi ini, bola dianggap sebagai di luar permainan. (Peraturan 13:3 boleh digunakan jika terdapat kesalahan di pihak pasukan penjaga gol selepas balingan gol diberikan dan sebelum ianya dilakukan)
- Balingan gol dianggap telah diambil bila bola yang dibaling telah melepasi garisan gol (garisan 6 meter).
- Pemain dari pasukan lawan dibenarkan berada di luar garisan gol (garisan 6 meter) tetapi tidak boleh menyentuh bola sehingga bola melepasi garisan penjaga gol.
Selasa
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 11
11. BALINGAN KE DALAM
(Apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi di atas tanah atau di udara atau garisan gol setelah disentuhi oleh pemain yang bertahan kecuali penjaga gol)
11.1 Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi atau bila pemain gelanggang yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh sehingga bola melepasi garisan gol.
11.2 Balingan ke dalam diambil tanpa menunggu tiupan wisel referi atau pengadil oleh pasukan lawan yang menyentuh bola sebelum bola melepasi garisan.
11.3 Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar dari garisan tepi.
11.5 Semasa balingan ke dalam, jarak pemain pasukan lawan mesti berada tidak kurang 3 meter daripada pemain yang membuat balingan. tetapi pemain lawan dibenarkan berada di luar kawasan garisan gol kurang 3 meter ketika balingan ke dalam berada dalam kawasan 9 meter.
(Apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi di atas tanah atau di udara atau garisan gol setelah disentuhi oleh pemain yang bertahan kecuali penjaga gol)
11.1 Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi atau bila pemain gelanggang yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh sehingga bola melepasi garisan gol.
11.2 Balingan ke dalam diambil tanpa menunggu tiupan wisel referi atau pengadil oleh pasukan lawan yang menyentuh bola sebelum bola melepasi garisan.
11.3 Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar dari garisan tepi.
- Jika melepasi garisan gol, balingan ke dalam di sudut dibuat di sebelah mana bola keluar.
11.5 Semasa balingan ke dalam, jarak pemain pasukan lawan mesti berada tidak kurang 3 meter daripada pemain yang membuat balingan. tetapi pemain lawan dibenarkan berada di luar kawasan garisan gol kurang 3 meter ketika balingan ke dalam berada dalam kawasan 9 meter.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 10
10. BALINGAN PERMULAAN
10.1 Untuk memulakan permainan, balingan permulaan akan dilakukan:- Oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian dan memilih untuk memulakan permainan.
- Pihak lawan berhak untuk memilih gelanggang
- Melainkan jika pasukan yang menang lambungan syiling memilih gelanggang (maka pihak lawan mengambil balingan permulaan)
- Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan permulaan dibuat oleh pasukan yang tidak mengambil balingan permulaan pada masa pertama.
- Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan.
10.3 Balingan permulaan diambil dari tengah gelanggang (1.5 meter dari tengah) kawasan permainan dengan sebelah kaki di atas garisan tengah dan balingan dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki.
- Balingan permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil membunyikan wisel.
- Pemain yang mengambil balingan permulaan mesti memijak garisan tengah dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan.
- Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah sebelum wisel berbunyi.
- Walau bagaimanapun, balingan permulaan selepas jaringan gol dilakukan, pihak lawan (pihak yang menjaring) dibenarkan berada di kedua-dua belah gelanggang. (Selepas satu jaringan, pasukan bertahan boleh berada di kedua-dua kawasan).
- Dalam kedua-dua keadaan, pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat balingan permulaan.
Nota:
Balingan permulaan dilakukan apabila:- Memulakan permainan / perlawanan.
- Selepas jaringan gol.
- Selepas separuh masa ke dua bermula.
Langgan:
Catatan (Atom)