BOLA BALING WORLD

Jumaat

KEJOHANAN BOLA BALING REMAJA DUNIA (2)

12 OGOS 2011
HARI KEDUA KEJOHANAN

Pasukan Switzeland turun dengan bergaya pada perlawanan kedua ini dengan menundukkan pasukan Chilie dengan jaringan 31 - 16 setelah mendahului 16 - 8 pada separuh masa yang pertama. Jurulatih aSwitzerland, Michael Suter amat berpuas hati dengan kejayaan ini kerana pemain-pemainnya telah melakukan dengan baik apa yang telah dirancang.

Perancis juga tidak mempunyai masalah untuk mengalahkan pasukan kerdil New Zealand dengan keputusan yang besar, 55 berbalas 16. Keputusan yang agak perit untuk New Zealad setelah pasukan Qatar 14 - 53. 

 

 


Juara bertahan, Crotia  berkerja kerasuntuk mendapatkan dua mata ketika menentang Slovenia. Walaupun sentiasa mendahului namun bertahanan yang kental dari pasukan Slovenia menyukarkan mereka untuk menambah bilangan gol. Akhirnya, Crotia berjaya mengalahkan Slovernia dengan jaringan 26 - 24.

 

 


 Denmark juga terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan juara Asia dengan jaringan 29 - 26 setelah ketinggalan pada separuh masa pertama dengan jaringan 12 - 16.









Rabu

KEJOHANAN BOLA BALING REMAJA DUNIA


 
KEJOHANAN BOLA BALING REMAJA DUNIA 2011
TEMPAT: ARGENTINA
TARIKH : 11 - 21 OGOS 2011

PASUKAN-PASUKAN YANG LAYAK

KUMPULAN  A

KUMPULAN  B
A1
CROTIA

B1
MESIR
A2
SERBIA

B2
PERANCIS
A3
SWEDEN

B3
QATAR
A4
SLOVENIA

B4
BRAZIL
A5
BAHRAIN

B5
NEW ZEALAND


KUMPULAN  C

KUMPULAN  D
C1
DENMARK

D1
SEPANYOL
C2
JERMAN

D2
SWITZELAND
C3
TUNISIA

D3
ARGENTINA
C4
KOREA SELATAN

D4
GABON
C5
RUSSIA

D5
CHILIE

11 OGOS 2011
HARI PERTAMA KEJOHANAN

Perlawanan pembukaan kejohanan kali ini di antara tuan rumah, Argentina yang bertemu Chilie di Stadium Kelab Once Unidos di hadapan kira-kira 7000 orang penonton. Kedua-dua penjaga gol, Alejo Smalc dari Argentina dan Felipe Garcia dari Chilie terpaksa bekerja keras menyelamatkan pintu gol mereka dari dibolosi. Pada separuh masa pertama Argentina mendahuli dengan 14 - 11 dan di akhir perlawanan Argentina berjaya mengalahkan Chilie dengan keputusan 30 -22.
 

 

 

Dalam kumpulan B, Brazil berjaya mendahului Perancis di separuh masa pertama dengan jaringan 18 berbalas 14 dan seterusnya berjaya mengekang asakan pasukan Perancis dan seterusnya memenangi perlawanan pertama ini dengan keputusan 32 - 31.

Dalam kumpulan D, Gabon tidak berupaya untuk menyaingi kehebatan pasukan Switzerland dari awal lagi setelah ketinggalan 9 - 23 pada masa pertama dan seterusnya kalah dengan jumlah jaringan 44 - 24.
 

 

 

Pertemua kumpulan A antara pasukan Serbia dan Slovenia berkesudahan  dengan seri 27 - 27. Biarpun pasukan Slovenia berjaya mendahului 18 - 13 pada separuh masa pertama namun pengalaman Serbia berjay mengikat keputusan di akhir perlawanan.

Jerman yang merupakan juara dunia memulakan perlawanan pertama meraka bertemu dengan juara Asia iaitu Korea Selatan. Kehebatan dan kepantasan Jerman sememangnya sukar dibendung oleh pasukan Korea. Korea tunduk dengan keputusan 40 - 30.

 

 


Kumpulan B pula pertemuan antara Qatar yang berjaya memenangi perlawanan pertama dengan New Zealand dengan jaringan yang besar, 53 - 14. Dengan susuk tubuh yang lebuh besar berbanding pasukan 'Kiwis', Qatar mendahului dari awal perlawanan. Separuh masa pertama mereka telah mendahului 34 - 6.

Perlawanan yang melibatkan Russia dan Tunisia berkesudahan dengan kemenang untuk pasukan Russia setelah berjaya mengekang kelincahan pemain Tunisia. Kejayaan mengawal permainan dalam separuh masa kedua memberikan kelebihan kepada pasukan Russia dan akhir memenangi perlawanan ini dengan jaringan 28 - 26 (14 - 14).

 

 

 

Pasukan Sweden pula menghadapi masalah dalam perlawanan pertama mereka untuk mengalahkan pasukan kerdil seperti Bahrain.  Mereka gagal mengutip mata penuh setelah sekadar seri 27 berbalas 27 dengan Bahrain.

Pada 11 Ogos 2011, pasukan Sepanyol turun menentang pasukan tidak ternama dari Afrika iaitu Gabon.Keputusan penuh Sepanyol berjaya mengalahkan Gabon dengan jaringan 31 - 13 (16 - 6). Manakala pasukan Mesir pula turun menentang pasukan Brazil. Mesir yang merupakan pasukan pilihan berjaya mengalahkan pasukan Brazil dengan jaringan 38 - 21 (20 - 8).

 

 



 
Penjaring Utama Jerman, Hans

 
Pemain Crotia cuba membuat jaringan

 
Pertahanan Crotia cuba menghalang serangan pemain Serbia

 
 Pemain Serbia cuba menjaringkan gol

 
Pemain Perancis, Derott membuat percubaan ke arah pintu gol Mesir

 
 Seorang pemain Mesir tercedera ketika bertemu Perancis

 
Penjaring utama Sweden... Freimann

 
Freimann mengacah dan cuba membuat jaringan ke gol Slovakia

 
Pemain utama Sweden... Gottfridsson

 
Jurulatih Sweden... Klingvall

 
Jurulatih Slovakia, Jursic















Isnin

TERENGGANU JUARA SUKMA 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

AHAD
12 MEI 2011
KUALA LUMPUR

Memang membanggakan kerana Terengganu telah menjadi kuasa sukan baru di Malaysia setelah pasukan bola sepak Terengganu berjaya merangkul kejuaraan piala FA malam tadi dan hari ini pula telah menjadi juara keseluruhan SUKMA untuk kali yang ketiga berturut-turut. Dan yang paling membanggakan lagi, pasukan bola baling Terengganu telah menyumbang emas yang terakhir iaitu emas yang ke-30 bagi kontigen Terengganu dengan membenam pasukan Kelantan dengan jaringan 15 - 12.

Pemain-pemain bola baling Terengganu bermain dengan begitu baik dengan menguasai pemainan dengan jaringan-jaringan yang begitu baik serta serangan pantas yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan. Bairpun pasukan Kelantan cuba untuk memberikan saingan namun pasukan Terengganu berjaya mengawal permainan sehingga tamat tempoh permainan sebenar. Namun, dalam pasukan bimbingan Cikgu Nasri ini terdapat beberapa orang pemain yang bagi saya tidak wajar diserapkan dalam pasukan kerana kurang keberkesanan  biarpun telah terdapat tujuh orang pemain utama yang mampu untuk menggerakkan pasukan. Pemain-pemain seperti Aswady dan Opel gagal untuk memainkan peranan seperti yang sepatutnya apatah lagi susuk tubuh yang agak besar menyukarkan beliau untuk membuat aksi yang mengelirukan pihak lawan. Bukan untuk menidak keupayaan dan sumbangan mereka atau mempertikaikan pemilihan jurulatih namun jika kita saksikan, mereka gagal untuk bermain dengan baik dan kadang-kala kelihatan seperti permain yang baru bermain bola baling. Rasanya lebih baik pemain-pemain dari SMK Jenagor atau pasukan bola baling MSS Hulu Terengganu di bawah tunjuk-ajar Cikgu Fairuz lebih layak untuk berada diposisi mereka.

Opel, gagal melaksanakan tugas dengan baik

Maafkan saya jika apa yang saya perkatakan di sini mungkin menyinggung perasaan namun, selaku peminat bola baling yang juga pernah terlibat secara langsung dalam bola baling saya terpaksa menyatakan apa yang saya perhatikan biarpun pemain tersebut bekas anak didik saya sendiri seperti Aswady.

Namun begitu, secara keseluruhannya pasukan ini berjaya mengatasi kekurangan yang ada kerana mereka memiliki beberapa pemain yang mempunyai kualiti pemain yang kreatif dengan aksi dan kemahiran yang mengelirukan pertahanan Kelantan. Pemain-pemain seperti Hakimi, Edie dan Zahari dibarisan hadapan yang berjaya menggunakan kemahiran yang tinggi menembusi pertahanan Kelantan serta membuat jaringan-jaringan yang cemerlang. 

Edie, Pemain terbaik bawah 15 tahun di kejohanan MSSM 2008

Kimi, pemain terbaik kejohanan MSSM 2010 di Kuantan


Disamping itu, peranan Mohd Shahmi sebagai penjaga gol yang tenang mengawal gawang dari ditembusi oleh penyerang-penyerang Kelantan menjadi teras kejayaan pasukan ini. Tak perlu dibuktikan kehebatan penjaga gol ini kerana beliau pernah dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik di kejohanan bola baling MSS Malaysia. Boleh dikatakan beliau adalah penjaga gol terbaik di negara ini buat masa sekarang.

Shahmi, penjaga gol terbaik kejohanan MSSM 2009

Apa yang ingin saya ceritakan sebenarnya adalah tentang "lembu punya susu, sapi jugak dapat nama". Kenapa saya menggunakan bidalan ini??? Kawan-kawan dalam bola baling Terengganu sememangnya sudah dapat menduga. Cikgu Kamaruddin (Din B2), Cikgu Nik (Pok Nik), Cikgu Nik KTU, Cikgu Rosriduan, Cikgu Musa dan ramai lagi jurulatih-jurulatih berkaliber di Terengganu faham tentang apa yang saya maksudkan di sini. Cikgu Fairuz sudah tentu lebih faham kerana pemain-pemain dalam pasukan ini rata-rata adalah hasil penat lelah beliau membentuk semenjak beberapa tahun yang lalu sehingga pasukan ini berjaya menjuarai kejohanan bola baling MSSM  bermula tahun 2008 hingga 2010. Kini semua mereka telah matang dan berjaya menjadi permain yang cemerlang dan hasilnya kini berjaya menjuarai SUKMA yang kali pertama diserapkan. http://bolabalingtrg.blogspot.com/2010/06/terengganu-juara-lagi.html

Cikgu Fairuz, Cikgu Musa dan Cikgu Nik bersama Juara MSSM 2010 

Akhir kalam, tahniah kepada pasukan bola baling Terengganu kerana berjaya merangkul emas di SUKMA. Walau apapun, kalian tetap membanggakan rakyat Terengganu seperti juga pasukan bola sepak Terengganu yang berjaya menjuarai piala FA untuk kali yang ke dua. Tahniah!.. semoga kalian terus cemerlang untuk kejohanan tahun hadapan.


KONTIGEN TERENGGANU BERDUKA DI PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

5 JUN 2011
AHAD

Hari-hari terakhir kejohanan bola baling MSSM yang akan melabuhkan tirainya esok, menyaksikan kekecewaan dan kedukaan kontigen Terengganu pada tahun ini. Bukan sahaja gagal untuk mengekalkan kejuaraan tetapi merana kerana semua pasukan gagal untuk layak ke final. Semua tersungkur di suku akhir kecuali P12 yang layak ke separuh akhir pada petang tadi. 

Apakah semua ini memang dirancang ataupun mood kurang semangat daripada jurulatih-jurulatih yang membawa pasukan ke kejohanan kali ini? Jika dilihat kepada pemain-pemain yang ada memang kelihatan begitu mantap dan menepati seperti yang digariskan dalam pemilihan pemain di peringkat negeri biarpun seorang dua yang tidak dapat bersama pasukan. Keseluruhannya pasukan yang ada tidak begitu kekurangan berbanding pada tahun lalu. Mungkinkah pasukan-pasukan yang lain lebih bersedia pada tahun ini. Wallahualam.

Keputusan yang baru diterima, pasukan P12 Terengganu masih gagal pada tahun ini untuk membalas dendam  kekalahan tahun lalu setelah kalah 8 - 11 kepada pasukan P12 Johor di peringkat separuh akhir petang tadi. Namun keputusan ini lebih baik berbanding tahun lalu di mana P12 Terengganu kalah teruk. Tahniah kepada jurulatih Cikgu Fauzi yang berjaya menampilkan pasukan yang hebat biarpun kalah. Ini membuktikan bahawa Cikgu Fauzi mempunyai kemahiran tinggi untuk membina pasukan mantap berbanding jurulatih jurulatih yang ada pada tahun ini mahupun pada tahun-tahun yang lalu. Cuma,  pada tahun-tahun lalu Cikgu Fauzi hanya diberikan peranan sebagai pengurus pasukan berbanding kemahiran tinggi yang dimilkinya. Harapan agar Cikgu Fauzi dikekalkan untuk membimbing pasukan pada tahun-tahun yang akan datang. 

Kepada P12, moga kalian berjaya membawa pulang tempat ke-3 sebagai pubat kekecewaan kontigen Terengganu pada tahun ini. Dan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam bola balingTerengganu, fikirkanlah kesan kegagalan ini untuk pasukan pada tahun hadapan sepertimana saya yang telah melabuhkan diri pada tahun ini setelah gagal membawa pasukan P12 ke final tahun lalu berjaya memberikan peluang kepada jurulatih baru menampilkan kemahirannya ke peringkat yang lebih tinggi sepertimana yang telah dilakukan oleh Cikgu Zulkifli di peringkat daerah Dungun dan juga Cikgu Fauzi di peringkat negeri. Fikrikanlah..... mungkinkah tahun ini anda pula yang perlu mengundur diri dan memberikan ruang dan peluang kepada orang muda untuk menguruskan pasukan dan kontigen Terengganu ke kejohanan pada tahun-tahun mendatang. Biarlah orang lain pula memberikan idea dan pembaharuan dalam bola baling Terengganu. Usahlah kita pentingkan diri sendiri duduk ditapak yang sama bertahun-tahun sedangkan kita tidakpun menyumbangkan kepada kejayaan pasukan. Bak kata Nabil.... Lu Fikirlah Sendiri!!!!!!!!!!


Selasa

KONTIGEN TERENGGANU BERTOLAK KE PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

30 MEI 2011
ISNIN

Agak lama juga tidak menulis di ruangan ini memandangkan kesibukan menguruskan kehidupan sendiri walaupun kini tidak lagi bersama pasukan bola baling Terengganu.

Hari ini, kontigen MSS Terengganu memulakan perjalanan ke Perlis untuk ke kejohanan Bola Baling MSS Malaysia dan semalam saya sempat mengunjungi rakan-rakan yang masih lagi kuat mendapat pulangan bekerja untuk pasukan bola baling Terengganu walaupun kini pulangan untuk guru-guru ataupun lebih tepat dikatakan jurulatih-jurulatih dan juga pengurusan ppasukan tidak lagi mendapat pulangan yang setimpal dengan apa telah mereka sumbangkan. Sesungguhnya terdetik rasa kagum di hati ini dengan kegigihan mereka. Ataupun mungkinkah kerana minat yang mendalam terhadap sukan yang diceburi!...

Membangkitkan isu ini bukan kerana diri ini menarik diri dan membuat keputusan bersara di peringkat yang tinggi seperti ini kesan dari perkara tersebut. Tidak sekali-kali. Saya tetap aktif dalam bola baling tetapi hanya menguruskan kontigen daerah ke peringkat negeri sahaja. Untuk ke MSSM biarlah jurulatih-lurulatih muda yang membawa cabaran biarpun rasanya diri ini masih mampu namun biarlah peluang ini dibuka kepada yang lain pula.

Berbalik kepada kontigen MSS Terengganu, saya rasa pasukan tahun ini lebih kuat berbanding pasukan tahun lalu di Kuantan khususnya bagi pasukan bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Jika dilihat dengan pemain-pemain yang menjalani latihan, pasukan ini mampu untuk menjuarai kejohanan pada tahun di Perlis. Dengan susuk badan yang besar dan tinggi mereka mampu untuk mengalahkan pasukan-pasukan pilihan di Perlis nanti di samping kemahiran tinggi yang dimiliki oleh setiap individu. Ditambah dengan pengalaman jurulatihnya seperti Cikgu Farid yang tetap bersama pasukan lelaki 12 tahun setelah berjaya menjuarai kejohanan pada tahun lalu. Cikgu Fauzi yang bersama juga Cikgu Farid pada tahun lalu dengan pasukan lelaki pada tahun lalu telah dipertanggungjawabkan melatih pasukan perempuan 12 tahun pada tahun ini. Oleh itu, kekuatan yang ada pada kedua-dua jurulatih ini tidak perlu diragui lagi apatah lagi dengan kekuatan pasukan yang dimiliki pada tahun ini.

Pasukan bawah 18 tahun sudah tidak perlu digusarkan lagi kerana rekod yang ada sudah dapat menggerunkan pasukan-pasukan lain di kejohanan itu nanti. Johan untuk dua tahun berturut-turut bagi kategori 18 tahun lelaki amat sukar untuk dutandingi oleh pasukan-pasukan lain. Cikgu Fairuz merupakan  jurulatih sama yang membimbing pasukan yang menjuarai bagi kategori 15 tahun tiga tahun lalu dan jika dikira, sudah tiga tahun mereka menjuarainya kejohanan MSSM. Jadi, pasukan ini juga merupakan sandaran utama buat kontigen MSS Terengganu untuk mencapai misi  menjuarai kejohanan pada tahun ini di samping pasukan bawah 18 tahun perempuan yang sentiasa kecewa di peringkat akhir buat beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, pada tahun ini mereka berikrar untuk menghapuskan badi kalah di perlawanan akhir seterusnya menjuarai kejohanan pada kali ini.

Harapan saya agar kontigen MSS Terengganu dapat mengekalkan kejuaraan buat kali ke-5 di Perlis nanti. Doa saya mengiringi kalian semua...... SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.

Isnin

KEJOHANAN BOLA BALING MSS TERENGGANU 2011

5 - 7 MEI 2011
KHAMIS - SABRU
TEMPAT: SMK PENGKALAN BERANGAN, MARANG, TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini saya akan membicarakan tentang kejohanan Bola Baling MSST yang telah berlangsung di SMK Pengkalan Berangan di mana daerah Marang telah menjadi tuan rumah untuk tahun ini. SMK Pengkalan Berangan juga telahpun menjadi gelanggang untuk kejohanan ini pada tahun 2006 yang lalu. 

Semua pasukan dari semua daerah di negeri Terengganu telah menyertainya termasuk pasukan Bola Baling MS Dungun yang telah membuat persiapan yang agak panjang juga pada tahun ini. Harapan Pengerusi Teknik agar pasukan bawah 12 tahun mampu untuk melangkah ke final bagi kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan memandangkan pemain-pemain yang telah dipilih memiliki ketinggian yang agak baik serta mempunyai kemahiran yang tinggi.

Tidak sepertimana tahun 2010 yang lalu, kedua-dua pasukan bawah 12 tahun telah saya ambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih memandangkan kejohanan tersebut telah dijalankan di daerah sendiri.Namun untuk kali ini saya telah membuat keputusan untuk memberikan peluang yang lebih luas kepada guru-guru baru yang mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi kepada bola baling.Justeru itu, pasukan P12 telah saya amanahkan kepada Cikgu Bahaman sebagai jurulatih dan Cikgu Zamri dari SK Seri Paka sebagai pengurus pasukan. Manakala L12 saya telah memberi kepercayaan kepada tiga orang guru untuk membentuk pasukan yang lebih mantap. Cikgu Zulkifli dari SK Durian Mas II sebagai ketua jurulatih, Cikgu Azli dari sekolah yang sama senagai pembantu dan Ustaz Hasbullah dari SK Bandar Dungun sebagai pengurus pasukan. Tidak ketinggalan juga Ustazah Hasimah dari SK Pulau Serai sebgai cefron. Harapan yang besar telah diserahkan kepada mereka agar dapat memberikan sesuatu pada kejohanan kali ini.

Ringkasan Laporan Kejohanan.

Lelaki 12 Tahun: Johan
Perempuan 18 tahun:  Ketiga
Perempuan 12 tahun: Pusingan awal
Lelaki 18 tahun: Pusingan awal

Keseluruhannya, MSS Dungun telah berjaya menampilkan pasukan yang baik namun masih kurang dari taktikal berbanding dengan pasukan-pasukan lain khususnya bagi kategori lelaki dan perempuan 18 tahun. Begitu juga dengan pasukan P12, biarpun pasukan ini menunjukkan kebangkitan di perlawanan terakhir namun masih tidak mampu membawa pasukan ini ke peringkat seterusnya. Selain itu, pengalaman jurulatih juga memainkan peranan yang penting. Kekurangan pengalaman menyebabkan pasukan ini gagal untuk melangkah ke peringkat seterusnya biarpun mempunyai pemain-pemain yang lebih baik berbanding pasukan tahun lalu. Oleh itu, keputusan untuk memberikan tanggungjawab yang lebih awal kepada Cikgu Bahaman adalah langkah jangka panjang untuk menjadikannya salah seorang jurulatih yang disegani di suatu masa nanti. Moga pengalaman ini akan menjadikan beliau lebih matang untuk merencanakan dan membentuk pasukan yang lebih lagi di tahun hadapan.

Pasukan Perempuan 12 Tahun MSS Dungun

Pasukan Lelaki 12 Tahun MSS Dungun

Pasukan Perempuan 18 Tahun MSS Dungun

 Pasukan Lelaki 18 Tahun MSS Dungun

Harapan agar beliau tidak cepat berputus asa dengan prestasi pemain-pemainnya pada tahun ini kerana jurulatih yang melatih pasukan negeri pun tidak mampu untuk membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir kecuali cikgu Fairuz dari SMK Jenagor yang sentiasa konsisten membentuk pasukan yang mantap hingga MSS Hulu Terengganu mampu bergelar juara L18 MSS Terengganu 2011 untuk tahun yang ke tiga berturut-turut.

Akhir kata, saya selaku pengerusi teknik MSS Dungun merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan pertolongan rakan-rakan khususnya kepada mereka yang menyumbangkan keringat dan wang ringgit di atas pasukan bola baling Dungun. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan atas keperihatinan kalian kepada pasukan MSS Dungun. Moga kerjasama yang telah dicernakan ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita. Biar jauh di mata namun dekat di hati.

Terima kasih juga kepada Puan Noraishah (ibu Dini) kerana telah menyumbangkan gambar-gambar yang cantik untuk tatapan semua. TQVM.

Sekian.

Khamis

KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLA BALING MSSD 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keputusan kejohanan pada tahun ini lambat skit nak dimasukkan kerana saya menghadapi banyak masalah kali ini sehingga pengajuran kejohanan kali ini terpaksa diberikan tanggungjawab kepada rakan-rakan. Terima kasih kepada Cikgu Bahaman dan isterinya Cikgu Noraini, Ustazah Hasimah dan juga pemangku PT Daearh Cikgu Saipolizan yang sanggup menerima dan menanggung tugas yang diamanahkan. Dan akhirnya kejohanan ini berjaya juga disempurnakan dengan jayanya. Alhamdulillah.

KEPUTUSAN RASMI

LELAKI BAWAH 12 TAHUN
Johan: Zon Bukit Besi A
Naib Johan: Zon Bukit Besi B
Ke-Tiga: Zon Sura A & Zon Paka A

PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
Johan: Zon Sura A
Naib Johan: Zon Bukit Besi A
Ke-Tiga: Zon Rantau Abang A & Zon Bukit Besi B

Hasil dari kejohanan ini seramai 12 pemain perempuan dan 12 pemain lelaki telah terpilih untuk mewakili MSS Dungun dan barisan pemain ini nampaknya boleh menghasilkan sesuatu di Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu yang akan berlangsung di SMK Pengkalan Berangan, Marang pada 5 hingga 7 Mei 2011 nanti. Sasaran untuk kedua-dua pasukan ini amat tinggi memandangkan pemain-pemain yang dipilih mempunyai kemahiran yang tinggi serta mempunyai ketinggian sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengerusi Teknik Negeri.

Maaf, gambar tak dapat dimasukkan kerana kamera telah rosak dibuat dek anakanda...   Kepada sesiapa yang ada merakamkan gambar kejohanan kali ini bolehlah mengirim gambar tersebut kepada saya di dinsenu@yahoo.com.my dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Sekian dulu catatan kali ini. Berjumpa kita di SMK Pengkalan Berangan, Marang nanti..