Assalamualaikum dan salam sejahtera.
AHAD
12 MEI 2011
KUALA LUMPUR
Memang membanggakan kerana Terengganu telah menjadi kuasa sukan baru di Malaysia setelah pasukan bola sepak Terengganu berjaya merangkul kejuaraan piala FA malam tadi dan hari ini pula telah menjadi juara keseluruhan SUKMA untuk kali yang ketiga berturut-turut. Dan yang paling membanggakan lagi, pasukan bola baling Terengganu telah menyumbang emas yang terakhir iaitu emas yang ke-30 bagi kontigen Terengganu dengan membenam pasukan Kelantan dengan jaringan 15 - 12.
Pemain-pemain bola baling Terengganu bermain dengan begitu baik dengan menguasai pemainan dengan jaringan-jaringan yang begitu baik serta serangan pantas yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan. Bairpun pasukan Kelantan cuba untuk memberikan saingan namun pasukan Terengganu berjaya mengawal permainan sehingga tamat tempoh permainan sebenar. Namun, dalam pasukan bimbingan Cikgu Nasri ini terdapat beberapa orang pemain yang bagi saya tidak wajar diserapkan dalam pasukan kerana kurang keberkesanan biarpun telah terdapat tujuh orang pemain utama yang mampu untuk menggerakkan pasukan. Pemain-pemain seperti Aswady dan Opel gagal untuk memainkan peranan seperti yang sepatutnya apatah lagi susuk tubuh yang agak besar menyukarkan beliau untuk membuat aksi yang mengelirukan pihak lawan. Bukan untuk menidak keupayaan dan sumbangan mereka atau mempertikaikan pemilihan jurulatih namun jika kita saksikan, mereka gagal untuk bermain dengan baik dan kadang-kala kelihatan seperti permain yang baru bermain bola baling. Rasanya lebih baik pemain-pemain dari SMK Jenagor atau pasukan bola baling MSS Hulu Terengganu di bawah tunjuk-ajar Cikgu Fairuz lebih layak untuk berada diposisi mereka.
Opel, gagal melaksanakan tugas dengan baik
Maafkan saya jika apa yang saya perkatakan di sini mungkin menyinggung perasaan namun, selaku peminat bola baling yang juga pernah terlibat secara langsung dalam bola baling saya terpaksa menyatakan apa yang saya perhatikan biarpun pemain tersebut bekas anak didik saya sendiri seperti Aswady.
Namun begitu, secara keseluruhannya pasukan ini berjaya mengatasi kekurangan yang ada kerana mereka memiliki beberapa pemain yang mempunyai kualiti pemain yang kreatif dengan aksi dan kemahiran yang mengelirukan pertahanan Kelantan. Pemain-pemain seperti Hakimi, Edie dan Zahari dibarisan hadapan yang berjaya menggunakan kemahiran yang tinggi menembusi pertahanan Kelantan serta membuat jaringan-jaringan yang cemerlang.
Edie, Pemain terbaik bawah 15 tahun di kejohanan MSSM 2008
Kimi, pemain terbaik kejohanan MSSM 2010 di Kuantan
Disamping itu, peranan Mohd Shahmi sebagai penjaga gol yang tenang mengawal gawang dari ditembusi oleh penyerang-penyerang Kelantan menjadi teras kejayaan pasukan ini. Tak perlu dibuktikan kehebatan penjaga gol ini kerana beliau pernah dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik di kejohanan bola baling MSS Malaysia. Boleh dikatakan beliau adalah penjaga gol terbaik di negara ini buat masa sekarang.
Apa yang ingin saya ceritakan sebenarnya adalah tentang "lembu punya susu, sapi jugak dapat nama". Kenapa saya menggunakan bidalan ini??? Kawan-kawan dalam bola baling Terengganu sememangnya sudah dapat menduga. Cikgu Kamaruddin (Din B2), Cikgu Nik (Pok Nik), Cikgu Nik KTU, Cikgu Rosriduan, Cikgu Musa dan ramai lagi jurulatih-jurulatih berkaliber di Terengganu faham tentang apa yang saya maksudkan di sini. Cikgu Fairuz sudah tentu lebih faham kerana pemain-pemain dalam pasukan ini rata-rata adalah hasil penat lelah beliau membentuk semenjak beberapa tahun yang lalu sehingga pasukan ini berjaya menjuarai kejohanan bola baling MSSM bermula tahun 2008 hingga 2010. Kini semua mereka telah matang dan berjaya menjadi permain yang cemerlang dan hasilnya kini berjaya menjuarai SUKMA yang kali pertama diserapkan. http://bolabalingtrg.blogspot.com/2010/06/terengganu-juara-lagi.html
Shahmi, penjaga gol terbaik kejohanan MSSM 2009

Cikgu Fairuz, Cikgu Musa dan Cikgu Nik bersama Juara MSSM 2010
Akhir kalam, tahniah kepada pasukan bola baling Terengganu kerana berjaya merangkul emas di SUKMA. Walau apapun, kalian tetap membanggakan rakyat Terengganu seperti juga pasukan bola sepak Terengganu yang berjaya menjuarai piala FA untuk kali yang ke dua. Tahniah!.. semoga kalian terus cemerlang untuk kejohanan tahun hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan