5 JUN 2011
AHAD
Hari-hari terakhir kejohanan bola baling MSSM yang akan melabuhkan tirainya esok, menyaksikan kekecewaan dan kedukaan kontigen Terengganu pada tahun ini. Bukan sahaja gagal untuk mengekalkan kejuaraan tetapi merana kerana semua pasukan gagal untuk layak ke final. Semua tersungkur di suku akhir kecuali P12 yang layak ke separuh akhir pada petang tadi.
Apakah semua ini memang dirancang ataupun mood kurang semangat daripada jurulatih-jurulatih yang membawa pasukan ke kejohanan kali ini? Jika dilihat kepada pemain-pemain yang ada memang kelihatan begitu mantap dan menepati seperti yang digariskan dalam pemilihan pemain di peringkat negeri biarpun seorang dua yang tidak dapat bersama pasukan. Keseluruhannya pasukan yang ada tidak begitu kekurangan berbanding pada tahun lalu. Mungkinkah pasukan-pasukan yang lain lebih bersedia pada tahun ini. Wallahualam.
Keputusan yang baru diterima, pasukan P12 Terengganu masih gagal pada tahun ini untuk membalas dendam kekalahan tahun lalu setelah kalah 8 - 11 kepada pasukan P12 Johor di peringkat separuh akhir petang tadi. Namun keputusan ini lebih baik berbanding tahun lalu di mana P12 Terengganu kalah teruk. Tahniah kepada jurulatih Cikgu Fauzi yang berjaya menampilkan pasukan yang hebat biarpun kalah. Ini membuktikan bahawa Cikgu Fauzi mempunyai kemahiran tinggi untuk membina pasukan mantap berbanding jurulatih jurulatih yang ada pada tahun ini mahupun pada tahun-tahun yang lalu. Cuma, pada tahun-tahun lalu Cikgu Fauzi hanya diberikan peranan sebagai pengurus pasukan berbanding kemahiran tinggi yang dimilkinya. Harapan agar Cikgu Fauzi dikekalkan untuk membimbing pasukan pada tahun-tahun yang akan datang.
Kepada P12, moga kalian berjaya membawa pulang tempat ke-3 sebagai pubat kekecewaan kontigen Terengganu pada tahun ini. Dan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam bola balingTerengganu, fikirkanlah kesan kegagalan ini untuk pasukan pada tahun hadapan sepertimana saya yang telah melabuhkan diri pada tahun ini setelah gagal membawa pasukan P12 ke final tahun lalu berjaya memberikan peluang kepada jurulatih baru menampilkan kemahirannya ke peringkat yang lebih tinggi sepertimana yang telah dilakukan oleh Cikgu Zulkifli di peringkat daerah Dungun dan juga Cikgu Fauzi di peringkat negeri. Fikrikanlah..... mungkinkah tahun ini anda pula yang perlu mengundur diri dan memberikan ruang dan peluang kepada orang muda untuk menguruskan pasukan dan kontigen Terengganu ke kejohanan pada tahun-tahun mendatang. Biarlah orang lain pula memberikan idea dan pembaharuan dalam bola baling Terengganu. Usahlah kita pentingkan diri sendiri duduk ditapak yang sama bertahun-tahun sedangkan kita tidakpun menyumbangkan kepada kejayaan pasukan. Bak kata Nabil.... Lu Fikirlah Sendiri!!!!!!!!!!



