BOLA BALING WORLD

Isnin

LATIHAN HUJUNG MINGGU

Assalam dan salam sejahtera buat peminat bola baling....

Agak sukar juga untuk mencoretkan cerita pada kali ini. Namun kerana minat kepada bola baling, aku coretkan juga sedikit tentang perkembangan bola baling MSST Terengganu untuk dijadikan panduan dan khabar untuk peminat-peminat bola baling khususnya kepada pengikut blog ini.

Tahun lepas aku mengundurkan diri dari menjadi jurulatih negeri. Mungkin kerana kepenatan. Mungkin juga tidak "sebulu" dengan "orang atas" maka aku mengambil keputusan untuk menarik diri dari team MSST 2011. Namun, pada tahun ini kawan lama aku yang sama-sama bermain dalam satu pasukan dulu, Dungun United dan telah lama bersama melatih pasukan negeri, telah diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Teknik Negeri yang baru. Seterusnya beliau telah meminta untuk aku bersama beliau sekali lagi dalam pasukan. Memang aku tidak dapat untuk mengatakan tidak kerana amat memahami cara kerja Cikgu Din B2 ni. Akhirnya aku sanggup kembali dalam pasukan kali ini biarpun aku amat sibuk untuk menguruskan pembinaan rumah baru......

Pada hujung minggu yang lalu, aku telah memulakan tugas sebagai jurulatih untuk pasukan Lelaki Bawah 12 tahun. Biarpun jiwa aku lebih suka kepada Perempuan Bawah 12, namun PT memikirkan kemahiran dan komitmen aku terhadap pasukan, maka beliau menyerahkan pasukan Lelaki Bawah 12 kepada aku untuk membentuk pasukan.

Seramai 7 orang pemain telah mel;aporkan diri pada sesi latihan kali ini. Seramai 5 orang tidak hadir atas beberapa sebab. Namun yang paling mengecewakan aku ketidakhadiran pemain harapan yang dijangka akan memberikan impak yang besar kepada pasukan ini. Arham dari daerah Setiu yang menyertai kem olahraga dan seterusnya terpilih dalam pasukan bola sepak telah memusnahkan target untuk membentuk pasukan juara pada tahun ini. biarpun masih ada lagi pemain-pemain lain namun kelebihan yang ada padanya sukar ditandingi oleh pemain-pemain lain. 

Namun begitu, pada latihan pusat yang akan diadakan tidak beberapa hari lagi, aku cuba membenntuyk pasukan yang akan membawa cabaran di MSSM nanti. Dan sasaran aku, cuba mengekalkan pencapaian pada 2010 di Kedah, di mana pasukan Lelaki 12 Tahun layak ke seperuh akhir dan seterusnya mendapat tempat ke-3.

Bagi aku, pasukan Perempuan 12 Tahun lebih baik pada tahun ini. Dengan pemain-pemain berkualiti yang dilatih oleh Cikgu Farid, dijangka pasukan ini mampu untuk ke final pada edisi kali ini. Pemain-pemain yang memenuhi citarasa Cikgu Farid dengan ketinggian yang dikehendaki serta kemahiran individu yang mampu menggerunkan pasukan-pasukan lain. Berdasarkan kepada perlawanan persahabatan dengan pemain-pemain SMK Bukit Nenas, aku yakin pasukan ini akan cemerlang di Kota Bahru nanti. 

Harapan aku, kontijen Bola Baling MSS Terengganu pada tahun ini akan mencipta kejayaan cemerlang di Kota Bahru nanti. Mengubat luka kegagalan pada tahun lalu di Perlis. Insya-Allah, dengan komitmen yang cemerlang dari PT yang baru dan kesungguhan jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.... Kami akan mencipta sesuatu yang gemilang di kejohanan Bola Baling MSSM 2012 nanti.





2 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum..saya merupakan seorang jurulatih muda..saya pernah melatih smk maran pahang b18 lelaki dan perempuan dan alhamdulillah perempuan dapat tempat ke 3..boleh tak saya mintak tolong saudara mengenai kursus kejurulatihan bola baling..kalau saudara ada info sila hubungi saya..saya tersangat berminat..0199544992

dinsenu berkata...

Tahniah Muhammad Abdul Rahim kerana menceburkan diri dalam bola baling. Saya hanya melatih pasukan bawah 12 tahun kerana saya mengajar di sekolah rendah dan kebanyakkannya pasukan P12. Info lama ada sedikit pada saya tp rasanya dah tak sesuai dengan masa kini. Insha Allah jika ada info daripada rakan saya di MSST, saya akan hantar kepada anda. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. TK