BOLA BALING WORLD

Rabu

KEPUTUSAN UPSR 2010

Salam buat semua.
Lama sudah tak menulis akibat kekangan masa yang sangat terbatas buat waktu ini. Assigment yang sungguh memeningkan untuk semester terakhir di OUM sungguh mencabar minda dan keringat. Hinggakan ketika ini masih lagi assigment yang perlu disiapkan, belum beres lagi.
Namun, bukan itu yang akan diceritakan kali ini. UPSR menjadi tajuk cerita. Keputusan UPSR 2010 telah dikeluarkan beberapa hari lalu. Keseluruhannya Terengganu masih lagi nombor SATU (belum pasti..). Beberapa buah sekolah yang terkenal dengan prestasi UPSRnya di Dungun mengalami kejatuhan yang ketara. SK Balai Besar hanya mendapat 21 orang sahaja pencapaian 5A, SK Sultan Omar jatuh 7 orang menjadi 32 orang sahaja, SK Sura pada tahun lalu mencapai 63 orang pada tahun lalu hanya sekadar mendapat 55 orang. 

Sebaliknya banyak sekolah-sekolah kecil dan di kawasan pendalaman telah membuat keputusan yang membanggakan. SK Tepus telah berjaya menghasilkan pencapaian 4 orang mendapat 5A daripada 10 orang pelajarnya berbanding tiada seorangpun pada tahun lalu. Tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar dan khususnya guru-guru yang bertungkus lumus untuk melahirkan pelajar cemerlang. Juga tidak ketinggalan SK Lintang, SK Tok Kah dan SK Ladang Gajah Mati yang berjaya menghasilkan seorang pelajar cemerlang 5A walaupun bilangan pelajar yang mengambil UPSR tidak ramai.

Pemain-pemain bola baling Terengganu juga telah membuktikan pencapaian yang cemerlang dalam UPSR walaupun banyak masa telah dikerahkan untuk mengejar kecemerlangan bola baling namun mereka masih lagi berjaya menapai kejayaan cemerlang dalam UPSR. Setakat catatan ini ditulis, saya telah medapat khabar 4 orang dari pemain bola baling perempuan  dan 3 orang dari pemain lelaki bawah 12 tahun telah berjaya mendapat 5A. Najwa, Faqihah, Fatin, Afifah,  Azim, Syahir dan Firdaus telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR pada tahun ini. Dan jika dikira  setakat yang dimaklumkan ini, peratusan pecapaian pemain Bola Baling Perempuan Bawah 12 Tahun MSS Terengganu berjaya mencapai 33.3%.dan pasukan Lelaki Bawah 12 tahun - 20.8%.  Keputusan cemerlang ini mengatasi pencapaian peringkat negeri Terengganu yang hanya mendapat 15% sahaja. Sudah tentu, kita berjaya membuktikan bahawa bermain atau lebih tepat lagi berkecimpung dan menyertai kegiatan ko-kurikulum tidak akan menjejaskan pencapaian akdemik pelajar-pelajar jika kita dapat memberikan input-input atau garis panduan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar kita. Insya-Allah mereka mampu untuk mengejar kecemerlangan dalam kedua-dua bidang yang diceburi.

Najwa
 Fatin

Faqihah

Firdaus

 Oleh itu, diharap semua ibu bapa akan lebih terbuka pemikiran mereka dengan statistik yang telah saya paparkan di atas. Usah risau akan pencapaian anak-anak kita biarpun mereka sibuk dengan kegiatan ko-kurikulum. Cuma kita perlu mendekati mereka dan membantu dalam pembelajaran mereka atau sekurang-kurangnya bertanya khabar tentang pembelajaran mereka. Biar kita lebih perihatin khususnya kepada anak-anak kita yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. 

Kepada pemain-pemain bola baling yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR, cikgu mengucapkan tanhiah dan mendoaknan akan kecemerlangan akan terus bersama kalian baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Amin. Kepada yang tidak berjaya kali ini, percayalah kalian mampu untuk mencapai kecemerlangan dengan syarat kalian hanya perlu mempunyai sasaran yang tinggi dan  sentiasa melakukan dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah kalian pasti akan berjaya.

Tiada ulasan: