8. KESALAHAN-KESALAHAN TIADA SEMANGAT KESUKANAN
8.1 Dibenarkan:- menggunakan tangan atau lengan untuk menghalang atau mendapatkan bola.
- menggunakan telapak tangan untuk mendapatkan bola dari pihak lawan dari mana-mana arah.
- menggunakan badan untuk menghalang pihak lawan walaupun tanpa bola.
- sentuhan badan dengan pihak lawan apabila berhadapan dengannya dengan tangan rapat ke dada (bent arms) dan kekalkan situasi ini untuk mengawal dan mengikut pihak lawan.
8.2 Tidak Dibenarkan:
- menarik atau memukul bola dari tangan pihak lawan.
- mermpuh, memegang, menolak, berlari dan melompat ke arah pihak lawan.
- melompat dan berlari ke arah pihak lawan atau memukul atau menakut-nakutkan pihak lawan dengan apa cara sekalipun.
8.4 Kurangnya semangat kesukanan seperti mengeluarkan isyarat atau bahasa lucah keterlaluan mestilah dihukum. Tertakluk kepada semua pemain dan pegawai di dalam atau luar gelanggang . Hukuman boleh juga dikenakan kepada pegawai pasukan.
8.5 Pemain yang membahayakan pihak lawan semasa pihak lawan menyerang mesti dikenakan Kad Merah sekiranya:
- menarik tangan pemain yang sedang membaling bola sama ada dari sisi atau belakang.
- memaut leher pihak lawan.
- menyepak atau menendang pihak lawan dengan lutut atau kaki.
- menolak pihak lawan ketika sedang melompat atau berlari atau menyerang dengan pelbagai cara sehingga pihak lawan hilang kawalan. juga digunapakai bila penjaga gol meninggalkan kawasan gol.
- membaling bola ke arah muka atau kepada pertahanan dengan sengaja semasa balingan percuma diambil atau permain pertahanan dalam keadaan statik atau membaling kepada penjaga gol ketika balingan 7 meter diambil atau penjaga gol dalam keadaan statik.
Kesalahan permain pertahanan memaut leher dan menarik tangan pemain penyerang.
Kesalahan menolak pihak lawan ketika sedang melompat, berlari atau menyerang.
8.6 Tiada semangat kesukanan yang tinggi dari pemain atau pegawai boleh dikenakan Kad Merah.
8.7 Pemain yang melakukan kesalahan yang kasar / keras semasa permainan, boleh disingkirkan. Kesalahan yang dilakukan di luar masa permainan boleh dikenakan 'Singkiran'.
8.8 Balingan 7 meter diberikan apabila peluang menjaringkan gol dimusnahkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan