BOLA BALING WORLD

Isnin

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 9

9.    JARINGAN
9.1  Gol dikira apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pembaling atau rakannya sebelum atau semasa balingan dibuat. (Gol tetap dikira sekiranya pertahanan melakukan kesalahan)

9.2  Jaringan TIDAK AKAN DIKIRA jika referi atau penjaga masa telah meniupkan wisel sebelum keseluruhan bola melintasi garisan dalam. (Referi mesti memastikan jaringan yang telah dibuat dengan mengesahkan jaringan itu sebelum balingan permulaan dibuat)

9.3  Pasukan yang menjaringkan lebih gol dikira pememang. jaringan yang sama dikira seri.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 8

8.    KESALAHAN-KESALAHAN TIADA SEMANGAT KESUKANAN
8.1  Dibenarkan:
  1. menggunakan tangan atau lengan untuk menghalang atau mendapatkan bola.
  2. menggunakan telapak tangan untuk mendapatkan bola dari pihak lawan dari mana-mana arah.
  3. menggunakan badan untuk menghalang pihak lawan walaupun tanpa bola.
  4. sentuhan badan dengan pihak lawan apabila berhadapan dengannya dengan tangan rapat ke dada (bent arms) dan kekalkan situasi ini untuk mengawal dan mengikut pihak lawan.



8.2  Tidak Dibenarkan:
  1. menarik atau memukul bola dari tangan pihak lawan.
  2. mermpuh, memegang, menolak, berlari dan melompat ke arah pihak lawan.
  3. melompat dan berlari ke arah pihak lawan atau memukul atau menakut-nakutkan pihak lawan dengan apa cara sekalipun.
8.3  Kekasaran yang ditunjukkan terus kepada penyerang dan bukan kepada bola mestilah dikenakan hukuman yang setimpal seperti balingan 7 meter atau balingan percuma.

8.4  Kurangnya semangat kesukanan seperti mengeluarkan isyarat atau bahasa lucah keterlaluan mestilah dihukum. Tertakluk kepada semua pemain dan pegawai di dalam atau luar gelanggang . Hukuman boleh juga dikenakan kepada pegawai pasukan.

8.5  Pemain yang membahayakan pihak lawan semasa pihak lawan menyerang mesti dikenakan Kad Merah  sekiranya:
  1. menarik tangan pemain yang sedang membaling bola sama ada dari sisi atau belakang.
  2. memaut leher pihak lawan.
  3. menyepak atau menendang pihak lawan dengan lutut atau kaki.
  4. menolak pihak lawan ketika sedang melompat atau berlari atau menyerang dengan pelbagai cara sehingga pihak lawan hilang kawalan. juga digunapakai bila penjaga gol meninggalkan kawasan gol.
  5. membaling bola ke arah muka atau kepada pertahanan dengan sengaja semasa balingan percuma diambil atau permain pertahanan dalam keadaan statik atau membaling kepada penjaga gol ketika balingan 7 meter diambil atau penjaga gol dalam keadaan statik.
 
 Kesalahan permain pertahanan memaut leher dan menarik tangan pemain penyerang.



Kesalahan menolak pihak lawan ketika sedang melompat, berlari atau menyerang.


8.6  Tiada semangat kesukanan yang tinggi dari pemain atau pegawai boleh dikenakan Kad Merah.

8.7  Pemain yang melakukan kesalahan yang kasar / keras semasa permainan, boleh disingkirkan. Kesalahan yang dilakukan di luar masa permainan boleh dikenakan 'Singkiran'.

8.8  Balingan 7 meter diberikan apabila peluang menjaringkan gol dimusnahkan

Jumaat

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 7

7.    MEMAINKAN BOLA DAN PERMAINAN PASIF

       MEMAINKAN BOLA
7.1  Seseorang pemain dibenarkan:
  • membaling, menangkap, menahan, menolak, memukul bola dengan menggunakan tangan (tangan terbuka / gemgam), lengan, kepala, badan. peha dan lutut.
7.2  Memegang bola pada jangkamasa 3 saat.

7.2  Mengambil 3 langkah bersama bola. Langkah pertama dikira:
  • Pemain berdiri 2 kaki di atas lantai dan kemuudian mengangkat sebelah kaki dan meletakkannya kembali atau mengubah sebelah kaki ke tempat lain.
  • Pemain berdiri sebelah kaki untuk menangkap bola kemudian menjatuhkan sebelah kaki lagi ke lantai.
  • melompat dengan 1 kaki dan kemudian mendarat lalu melompat dengan kaki yang sama atau dengan kaki yang berlainan.
  • Mendarat dengan 2 kaki kemudian mengangkat kaki dan meletakkannya semula atau menggerakkan sebelah kaki ke tempat lain.
Nota:
Dikira 1 langkah apabila sebelah kaki diubah / bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan sebelah kaki lagi diheret ke kaki yang pertama.

7.4  Semasa berdiri atau berlari:
  • melantun bola dan menangkap semula dengan satu atau dua tangan.
  • melantun bola beruilang-ulang dengan sebelah tangan (dribble) atau menggolek bola secara berulang dengan sebelah tangan kemudian menangkapnya atau mengambil semula dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
  • apabila bola telah dipegang dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan ia mesti dimainkan dalam masa 3 saat atau tidak lebih dari 3 langkah (13.1a)
  • melantun atau menggelecek bola dikira apabila pemain menyentuh dengan mana-mana bahagian badan dan menyentuh lantai.
  • selepas bola terkena pemain lain atau tiang gol, pemain dibenarkan menampan atan melantun dan menangkap kembali.
7.5  Menghantar bola dari tangan ke tangan tanpa menghilangkan perhubungan pada masa itu.

7.6  Dibenarkan menghantar bola dengan keadaan berlutut, duduk atau baring di tanah.

Pemain Tidak Dibenarkan:

7.7  menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkenan tanah (lantun), pemain lain atau tiang gol.
  • "Fumbling the ball is not penalized" tiada hukuman.
  • Kegagalan pemain mengawal bola semasa cuba menangkap atau menahan bola tidak akan dihukum.
  • Sekiranya bola telah atau dalam kawalan, pemain tidak boleh menyentuh bola. 
7.8  Menyentuh bola di bahagian kaki di bawah lutut atau kaki atau dibaling dengan sengaja oleh pihak lawan.

7.9  Permainan diteruskan sekiranya bola terkena referi di dalam gelanggang.

       PERMAINAN PASIF

7.10 Tidak dibenarkan menyimpan bola terlalu lama tanpa membuat sebarang serangan atau cuban untuk membuat jaringan dan dikira sebagai pemainan pasif.
  • Balingan percuma diberikan kepada pihak lawan di mana bola itu berhenti semasa referi meniup wisel.
7.11 Sekiranya permainan pasif telah dikesan, isyarat tangan (No. 18) hendaklah ditunjukkan. Ini adalah untuk memberikan peluang pasukan menyerang mengubah corak permainan.
  • Sekiranya permainan tidak berubah, balingan percuma diberikan kepada pihak lawan.
  • Walau bagaimanapun balingan percuma untuk permainan pasif diberi kepada pihak lawan walaupun tiada amaran awal diberi oleh referi / pengadil.
  • Contoh: Pemain tidak membuat cubaan untuk menjaring walaupun ada peluang untuk melakukan jaringan.
Situasi Permainan Pasif
  • Apabila mereka menang - tiada usaha untuk melakukan serangan.
  • Apabila ada permain yang digantung.
  • Pertahanan terlalu ketat dan tidak dapat menyerang.
  • Bermain di tengah-tengah gelanggang.
  • Ketika pergantian dilakukan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 6

6.    KAWASAN GOL
6.1  Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan masuk / berada dalam kawasan gol.
  • Kawasan gol termasuk Garisan Gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh kawasan gol dan juga Garisan Gol (Garisan 6 meter) dengan sebarang bahagian badan.
6.2  Pemain gelanggang memasuki kawasan gol, hukuman adalah seperti berikut:
  • Balingan Percuma - apabila pemain masuk dengan membawa bola.
  • Balingan Percuma - pemain gelanggang masuk tanpa bola tetapi memberikan keuntungan kepada pasukannya.
  • Balingan 7 meter - pemain gelanggang (pasukan bertahan) memasuki kawasan gol dengan tujuan memusnahkan peluang lawan menjaringkan gol.
6.3  Pemain gelanggang masuk kawasan gol tidak dihukum jika:
  • masuk selepas memainkan bola dan tidak menimbulkan kerugian kepada pihak lawan.
  • masuk kawasan gol tetapi tidak memberikan keuntungan kepada pasukannya.
  • masuk kawasan gol kerana cuba bertahan dan tidak memeberikan kerugian kepada pasukan lawan.
6.4  Bola dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh bola dalam keadaan:
  • bola berhenti di kawasan gol.
  • bola bergolek di kawasan gol.
  • sedang dipegang oleh penjaga gol.
  • dibenarkan menyentuh / memainkan jika bola di udara kecuali balingan gol sedang dilakukan.  
6.5  Pengjaga gol boleh memainkan bola apabila bola masuk kawasan setelah balingan gol.

6.6  Permainan diteruskan jika keadaan mempertahankan bola, bola terkena pemain pertahanan dan masuk ke kawasan golnya sendiri.

6.7  Jika pemain sengaja memainkan bola masuk ke dalam kawasan gol sendiri, hukumnya:
  • Gol - jika bola masuk ke dalam gol.
  • Balingan Percuma - jika bola berhenti dalam kawasan gol atau disentuh Penjaga Gol dan tidak masuk kedalam gol.
  • Balingan ke dalam - jika bola keluar melepasi garisan gol (Peraturan 11.1)
  • Permainan diteruskan - jika bola itu melepasi kawasan gol tetapi masih berada dalam kawasan gelanggang permainan tanpa disentuh Penjaga Gol.
6.8  Bola yang keluar dari kawasan gol ke kawasan gelanggang permainan boleh diteruskan.

Nota:
Jika mana-mana pegawai dari pasukan diberikan KAD MERAH, seorang pemain gelanggang perlu dikeluarkan dan berada di  bangku simpanan selama 2 minit (pegawai berkenaan tidak dibenarkan berada di gelanggang permainan)

Khamis

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 5

5.    PENJAGA GOL
5.1  Penjaga Gol dibenarkan
  • menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan / tubuh bagi menghalang atau mengawal golnya.
  • boleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola dalam kawasan gol tanpa mengira langkah dan had masa kecuali melengah-lengah permaian.
  • keluar dari kawasan gol tanpa bola dan melibatkan diri dalam permainan gelanggang (semasa penjaga gol menjadi pemain gelanggang dan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan sebagai pemain gelanggang). Penjaga gol dianggap keluar dari kawasan gol jika mana-mana anggota tubuhnya menyentuh gelanggang permainan yang terletak diluar garisan 6 meter.
  • boleh keluar kawasan dengan bola dan memainkannya semula di gelanggang permainan, jika dia belum dapat mengawal bola.
2. Penjaga Gol Tidak dibenarkan:
  • membahayakan pihak lawan semasa melakukan aksi menahan bola.
  • dengan sengaja membawa keluar bola dari kawasan golnya.
  • menyentuh semula bola yang dibalingnya sebelum disentuh oleh pemain luar / gelanggang.
  • menyentuh atau membawa masuk bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di luar kawasan gol semasa penjaga gol berada di dalam kawasan gol (tidak menjadi kesalah jika penjaga gol menyentuh atau mengambil bola yang bergolek tadi jika dia berada di luar atau keluar dari kawasan gol)
  • memasuki kawasan gol dengan bola.
  • melintasi garisan 4 meter. sebelum bola diolepaskan dari tangan pembaling semasa balingan 7 meter (penalti) diambil.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 4

4.    PASUKAN, PENGGANTUNGAN DAN PERALATAN
4.1  PASUKAN
  1. Setiap pasukan mengandungi 12 orang pemain. Tidak lebih daripada 7 orang dan minima 5 orang pemain berada dalam gelanggang. selebihnya adalah pemain gantian.
  2. Sepanjang masa permainan, salah seorang pemain mesti bermain sebagai penjaga gol. Penjaga gol boleh bermain sebagai pemain  gelanggang pada bila-bila masa dan begitu juga pemain gelanggang boleh menjadi penjaga gol pada bila-bila masa (Perturan A4, 4: 7)
  3. Pemain boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain. 
  4. Bilangan pemain dalam sesebuah pasukan boleh ditambah sehingga 12 orang pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan.
  5. Sekiranya semasa permainan berlangsung, sesebuah pasukan telah dikurangkan "kurang daripada 5 orang" permainan masih boleh diteruskan.
  6. Terpulang kepada pengadil menentukan sama ada atau bila permainan seharusnya dihentikan/ditamatkan (Rujuk 17:13). Keadaan berlaku setelah pasukan yang sama diberikan hukuman seperti singkir, dibatalkan atau 2 minit. Berlaku kekurangan 5 pemain dalam gelanggang - budi bicara pengadil.
    4.2  PENGGANTIAN
    1. Semasa permainan, sesebuah pasukan dibenarkan dengan maksima 4 orang pegawai berada bersama dengan pasukan.
    2. Pegawai pasukan yang didaftarkan (4 orang) tidak boleh digantikan seemasa perlawanan berlangsung.
    3. Salah seorang daripada pegawai pasukan hendaklah dikenalpasti sebagai pengurus pasukan yang bertanggungjawab dan dibenarkan untuk berurusan dengan penjaga masa, pencatat dan apa keadaan tertentu dengan pengadil (Penjelasan No. 3 "Team Time Out").
    4. Pegawai pasukan tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa permainan dijalankan.
    5. Pelanggaran peraturan ini hendaklah dihukum sebagai tidak bersemangat kesukanan (Peraturan 8:4, 16.1d, 16.3d dan 16.6b)
    6. Permainan disambung semula dengan balingan percuma bagi pasukan lawan (Rujuk 13.1a - b, Penjelasan No. 9)
    7. Seseorang pemain atau pegawai pasukan berhak mengambil bahagian sekiranya mereka hadir semasa permainan dimulakna dan namanya terdapat dalamborang pencatat.
    8. Pemain-pemain dan pegawai pasukan yang hadir atau tiba selepas pemainan dimulakan mestilah mendapat kebenaran untuk mengambil bahagian dari penmjaga masa atau pencatat dan namanya mesti dicatat dalam borang pencatat.
    9. seorang pemain berhak untuk mengambil bahagian secara prinsipnya boleh memmasuki gelanggang permainan melalui Zon Pertukaran pasukan pada bila-bila masa.
    10. Seorang pemain yang tidak berhak mengambil bahagian akan disingkirkan sekiranya ianya memasuki gelanggang permainan.
      4.3  PERALATAN
      1. Kedua-dua pasukan mestilah memakai pakaian yang berlainan warna. Semua dalam satu pasukan hendaklah memakai pakaian yang sama warna kecuali penjaga gol. 
      2. Penjaga Gol kedua-dua pasukan hendaklah memakai pakaian yang berbeza warna dari pasukannya dan pasukan lawan.
      3. Pemain-pemain hendaklah memakai nombor 1 hingga 20 dan ukran ketinggian nombor adalah 20 cm di bahagian belakang jersi dan 10 cm di hadapan jersi yang dipakai.
      4. Warna nombor pula hendaklah berbeza (kontras) dan jelas.
      5. Ketua Paukan hendaklah memakai "arm band" berukuran 4 cm lebar.
      6. Kasut hendaklah sesuai.
      7. Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri atau pemain lain.
      8. Pemain yang cedera seperti luka berdarah atau pun terdapat kesan darah pada pakaian, mereka dihendaki meningggalkan gelanggang permainan dengan segera dengan sukarela dan boleh digantikan dengan pemain lain. Kegagalan mematuhi peraturan ini, pemain tersebut akan dikenakan hukuman kerana tidak bersemangat kesukanan.
      9. Dalam hal kecederaan pemain, pengadil boleh memberikan kebenaran kepada 2 orang pegawai pasukan untuk memasuki gelanggang permainan semasa 'Time Out".

        Rabu

        UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 2

         2.    MASA PERMAINAN, ISYARATA TAMAT & MASA HENTIAN

        2.1   MASA PERMAINAN
        1. Masa permainan biasa bagi umur 16 tahun dan ke atas ialah 30 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (30 : 10 : 30)
        2. Masa permainan biasa bagi kategori umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (25 : 10 : 25).
        3. Masa permainan biasa bagi kategori umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (20 : 10 : 20).
        2.2    MASA TAMBAHAN
        1. Sekiranya keputusan seri setelah masa permainan sebenar telah berakhir dan pemenang perlu ditentukan, maka masa tambahan akan dijalankan selepas rehat 5 minit.
        2. Masa tambahan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit rehat di antaranya.
        3. Jika masih seri, maka pemenang akan ditentukan mengikut peraturan pertandingan kejohanan berkenaan.
        2.3    ISYARAT TAMAT
        1. Masa permainan bermula dengan tiupan visel pengadil untuk balingan permulaan manakala masa tamat permainan ditentukan oleh isyarat tamat automatik dari Jam Gelanggang (Public Clock) atau Penjaga Masa
        2. Jika tiada isyarat seperti di atas, maka kuasa tamat permainan sebenar ditentukan oleh tiupan visel pengadil 1.
        2.4    MASA HENTIAN (TIME OUT)
        1. Pengadil akan memutuskan bila dan berapa lama masa permainan akan diberhentikan.
        2. Masa Hentian dimestikan bila:
        • penggantungan 2 minit, pembatalan atau singkiran
        • Balingan 7 meter (Balingan Penalti)
        • Masa hentian pasukan diberikan.
        • Kesalahan penggantungan pemain atau balingan pemain melebihi jumlah yang dibenarkan dalam gelanggang.
        • isyarat visel dari penjaga masa atau delegasi teknikal.
        • Perbincangan antara dua pengadil mengikut peraturan 17: 8 Masa Hentian biasa juga diberikan mengikut situasi lain bergantung kepada keadaan (Rujuk 'Calarification No 2)
        • Salah laku yang berlaku semasa henntian adalah sama seperti yang berlaku dalam permainan (16: 13 pernggan 1)
        • Pengadil akan memberikan isyarat kepada Penjaga Masa untuk memberhentikan dan memulakan permainan berhubung dengan masa hentian.
        • gangguan masa permainan akan dimaklumkan kepada Penjaga Masa menerusi 3 tiupan pendek dan isyarat tangan lengan (No 16)
        • Wisel mesti dibunyikan untuk menandakan permainan dimulakan selepas masa hentian tamat (15: 36)
        • Setiap pasukan akan diberikan sekali masa hentian setiap separuh masa selama 1 minit (Rujuk 'Clarification No. 3) dan sesebuah pasukan layak mendapatkan 'Time Out' hanya ketika pasukan itu sedang mengawal bola dan bola akan dimulakan oleh pasukan yang meminta 'Time Out' di tempat bola tadi dihentikan.
        • Tiada 'Time Out' di Masa Tambahan

          UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 3

          3.    BOLA
          1. Bola mestilah dibuat daripada kulit atau bahan sintentik
          2. Ia berbentuk sfera dan permukaannya mestilah tidak berkilat atau licin (17: 3)
          3. Untuk setiap permainan, sekurang-kurang 2 biji bola disediakan dan bola kedua mesti boleh diperolehi dengan segera di meja Penjaga Masa semasa permainan dijalankan. Bola yang digunakan mesti memenuhi syarat mengikut peraturan No. 5 (Saiz Bola)
          4. Pengadil akan menentukan bila bola kedua perlu digunakan. Dalam keadaan ini pengadil mestilah mendapatkan bola dan mengelakkan masa hentian.
          5. Saiz bola: Ukur lilit dan berat, digunakan mengikut kategori pasukan seperti:
          • Lelaki 16 tahun ke atas: Saiz 3 (IHF): Berat 425 - 475 gm: Ukurlilit 58 - 60 cm
          • Lelaki 14 - 16 tahun: Saiz 2 (IHF): Berat 325 - 375 gm: Ukurlilit 54 - 56 cm 
          • Lelaki 8 - 12 tahun: Saiz 1 (IHF): Berat 290 - 330 gm: Ukurlilit 50 - 52 cm
          • Perempuan 14 tahun ke atas: Saiz 2 (IHF): Berat 325 - 375 gm: Ukurlilit 54 - 56 cm
          • Perempuan 8 - 14 tahun: Saiz 1 (IHF): Berat 290 - 330 gm: Ukurlilit 50 - 52 cm

          UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1

          1.    GELANGGANG PERMAINAN
          1.1  Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 m lebar, mengandungi 2 kawasan gol dan kawasan permainan (Rujuk 1.4 dan peraturan 6). Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai Garisan Tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai Garisan Gol. Garisan Gol terdiri daripada garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (outer goal line).

          Gelanggang permainan mesti mempunyai zon keselamatan berukuran sekurang-kurangnya 1 m sepanjang garisan tepi dan 2 m sepanjang Garisan Gol.

          Gelanggang permainan tidak boleh diubah yang mana akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pasukan.

            1.2  Gol diletakkan di tengah-tengah Garisan Gol dan mestilah diletak kukuh di atas lantai atau dinding. 
            1. Keluasan ruang gol ialah 2 m tinggi dan 3 m lebar.
            2. Palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol dan kedudukan bahagian depan tiang gol diletakkan di atas Garisan Gol.
            3. Tiang dan palang gol mestilah berbentuk segiempat sama berukuran 8 cm dan dicat dengan dua warna yang kontra daripada latar belakang. Biasanya warnayang digunakan ialah merah-putih atau hitam-putih.
            4. Gol mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di dalam gol selepas gol dijaringkan.

            1.3  Semua garisan dikira sebagai kawasan permainan dan lebar atau tebal garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) ialah 8 cm. Garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) boleh dicat dengan warna yang berbeza dengan  garisan lain.


            1.4  Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai Kawasan Gol.  
             
            1.5  Kawasan Gol diilingkungi oleh Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter) yang ditanda seperti berikut:
            1. Satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol.
            2. Dua suku bulatan yang berjejari 6 meter (diukur dari  bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku bulatan itu disambungkan dengan garisan lurus 3 meteryang selari dengan garisan gol.
            1.6  Garisan Balingan Percuma (Garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter di luar Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter). Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15 cm.

            1.7  Garisan 7 meter ialah berukuran 1 meter panjang dibuat di hadapan gol. selari dan berjarak 7 meter dari Garisan Gol.

            1.8  Garisan tengah disambung daripada titik tengah kedua-dua garisan tepi.

            1.9  Garisan Pertukaran Pemain (sebahagian dari garisan tepi) dibuat 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada garisan tengah sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan tepi.

              Selasa

              MEMANASKAN BADAN DAN GERAK KENDUR

              MEMANASKAN BADAN
              1.  Memanaskan badan adalah aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan akan membolehkan suhu darah dan otot meningkatkan fungsinya melalui :
              • otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas.
              • rintangan dalam otot akan menurun dan seterusnya meningkatkan kemampuan melakukan sesuatu aktiviti.
              • kenaikan suhu badan akan menyebabkan hemoglobin membebaskan oksigen dengan lebih cepat untuk kegunaan tisu-tisu otot.
              • kenaikan suhu juga akan menyebabkan myoglobin berfungsi dengan lebih berkesan dan mempertingkatkan aktiviti enzim.
              • rintangan dalam salur darah berkurangan dengan kenaikan suhu.
              • mengurangkan risiko kecederaan pada tisu-tisu lembut.
              2.  Bagi menaikkan suhu badan, seseorang pemain perlu melakukan aktiviti selama lebih kurang 30 minit dengan intensiti senaman yang sesuai.

              3.  Kesan ke atas seseorang pemain yang telah melakukan latihan memanaskan badan ialah ia akan berkemampuan melakukan kerja lebih kurang 45 hingga 80 minit. (Mengikut pendapat Herbert A de Vires)

              Jenis Memanaskan badan

              1.  Memanaskan badan secara aktif (aktiviti yang dilakukan sendiri)
              2.  Memanaskan badan secara pasif (aktiviti yang dijalankan dengan bantuan alat atau pihak lain).

              1.  Memanaskan badan secara am (untuk meningkatkan suhu badan). Contoh : Lari anak, lari setempat
              2.  Memanaskan badan secara spesifik (aktiviti yang dilakukan khusus untuk sesuatu latihan) Contoh : Regangan Statik dan Regangan Dinamik

              Prinsip-prinsip memanaskan badan

              1. Memanaskan badan secara am atau untuk meningkatkan suhu badan atau otot serta darah dapat meningkatkan pencapaian seseorang pemain.
              2. Aktiviti yang disusun sebaik-baiknya dikaitkan dengan sukan yang dimainkan supaya penguasaan kemahiran asas dapat dipertingkatkan.
              3. Latihan memanaskan badan boleh dijalankan secara pasif jika aktiviti aktif tidak dapat diadakan.
              4. Aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan otot semasa bermain.
              5. Prosedur memanaskan badan hendaklah tersusun dan bersesuaian dengan individu melaksanakan.
              6. Latihan memanaskan badan yang dilaksanakan secara lebihan beban akan menyebabkan kesan positif kepada koordinasi neuro-muscular.
              REGANGAN OTOT-OTOT SPESIFIK
              1.  Otot-otot utama yang akan digunakan dalam permainan hoki harus diregangkan.
              2. Pemain harus menahan setiap regangan selama 10 hingga 12 saat dan ulang aktivti ini.
              LATIHAN GERAKENDUR / WARM DOWN
              1. Latihan gerakendur ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani sesuatu latihan atau permainan.
              2. Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di bahagian-bahagain anggota yang tertentu.
              3. Antara aktiviti gerakendur yang dilakukan selepas menjalani latihan ialah perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah. Contoh :-
              • Lari anak
              • Berjalan
              • Regangan otot pada intensiti sederhana.
              • Regangan statik (dari bawah ke atas)

              Isnin

              STRATEGI PERMAINAN

              Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan diantaranya ialah:
              i. Serangan 
              (a) Sistem 3 : 3
              (b) Sistem 2 : 4
              (c) Sistem 5 : 1
              (d) Sistem 6 : 0

              ii. Bertahan
              (a) Sistem 6 : 0
              (b) Sistem 5 : 1
              (c) Sistem 4 : 2


              Sistem serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning 
              Sistem bertahan 5 : 1 oleh Pasukan Ungu



              Sistem serangan 5 : 1 oleh Paukan Kuning 
              Sistem bertahan 4 - 2 oleh Pasukan Ungu


              Sistem serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning  
              Sistem bertahan 6 : 0 oleh Pasukan Ungu


              KEMAHIRAN PENJAGA GOL

              Posisi ini selalu disebut sebagai barisan pertahanan yang terakhir dan jelas menunjukkan bagaimana pentingnya peranan seorang penjaga gol. Seorang penjaga gol yang cekap mestilah berani serta mempunyai gerak balas yang pantas dan konsentrasi yang baik. Selain menjaga pintu golnya, penjaga gol juga kadang-kadang bertindak sebagai penggerak utama dalam mengatur satu serangan terobos deras (fast break)





              Penjaga gol bersedia dan cuba menghalang balingan penalti




                 Penjaga gol cuba menyelamatkan balingan oleh pihak lawan




              KEMAHIRAN MENGAWAL

              Dalam apa-apa sukan sekali pun kawalan amatlah penting. Menghadang atau mengawal dilakukan untuk mengganggu pemain dan menyekat pergerakan pihak lawan yang sedang menguasai bola. Ini dilakukan untuk menguasai semula bola. Pihak pertahanan boleh mengamalkan cara-cara ini untuk mengawal pihak lawan:

              i. Menghadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu.


               Pasukan bertahan mengawal dan menghalang pergerakan pemain penyerang

              ii. Mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran.


               
              Pemain pertahanan mengawal pergerakan pemain penyerang

              iii. Mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang sesuai seperti sistem zon atau sistem kumpulan.


              Pasukan bertahan membuat benteng untuk menghalang pemain penyerang membuat jaringan


              KEMAHIRAN ASAS MENJARING

              i. Jaringan Bahu
              Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan.



              ii. Jaringan Lompat
              Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol. Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat.



              iii. Jaringan Dive
              Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol (Rajah 6.11). Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.


              iv. Jaringan Rendah
              Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan.