Assalamuaaikum dan salam sejahtera buat semua....
Lama juga tidak mencoretkan berita tentang perkembangan bola baling baik di sekolah sendiri mahupun peringkat yang lebih tinggi. So, hari ini saya akan menceritakan kekangan latihan seterusnya bagi pasukan SK Gong Pasir. Kekangan tersebut hadir kerana SK Gong Pasir telah membentuk pasukan bola jaring untuk kejohanan bola jaring peringkat Zon Sura. Memandangkan pelajar-pelajar di SK Gong Pasir tidaklah begitu ramai, maka pelajar-pelajar bola baling ini juga yang menjadi taruhan. Oleh itu, latihan uintuk pasukan bola baling ini terpaksa ditangguhkan buat sementara.
Namun, memerhatikan latihan yang dibuat, kita akan melihat hasil dari latihan dua bulan yang telah dilalui oleh pemain-pemain bola baling ini telah digunapakai dalam kejohanan bola jaring. Cara balingan dan tangkapan bola telah digunakan sepenuhnya. Ini bukan untuk mengambil kesempatan di atas kejayaan pasukan bola jaring SK Gong Pasir menjuarai kejohanan peringkat Zon Sura ini, namun kejayaan ini memeperlihatkan kemahiran yang mereka perolehi berjaya dikuasai dalam permainan-permainan lain.
Barisan pemain bola jaring adalah juga pemain bola baling SKGP
Dan satu perkara lagi, kita akan melihat perbezaan antara pasukan SK Gong Pasir dengan sekolah-sekolah lain dari segi balingan, hantaran dan sambutan bola. Begitu juga pergerakan mereka untuk mendapatkan ruang baru dan seterusnya mendapatkan bola. Cara-cara ini telahpun mereka praktikkan dalam latihan yang telah diberikan menyebabkan guru bola jaring menjadi lebih mudah untuk membentuk pasukan kerana kemahiran-kemahiran ini telahpun dikuasi oleh pemain-pemain ini.
Jangan kita katakan bahawa mereka sememangnya berbakat jika tidak kerana latihan dan asuhan yang telah diberikan. Mana mungkin sesuatu kemahiran hanya dengan bakat yang ada jika tidak melakukan latih tubi yang berterusan untuk memahirkan mereka. Tidak ada pemain berbakat menjadi juara dengan hanya bersandarkan bakat semata-mata tanpa latihan keras dan berterusan.
Apa yang telah ditunujukkan oleh pemain-pemain ini, rasanya pasukan bola baling SKGP mampu unutuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Namun permainan bola jaring telah membataskan dan mengikis kemahiran-kemahiran yang telah diterapkan kerana gerak kaki dalam bola jaring telah membantutkan pergerakan pemain-pemain ini ketika bermain bola baling. Banyak kerja yang mesti dilakukan kepada mereka ini untuk menjadikan pasukan bola baling kami yang terbaik khususnya di daerah Dungun apatah lagi mereka akan meneruskan perjuangan bola jaring di peringkat daerah pula. Ini sekali lagi mebataskan latihan untuk pasukan bola baling yang akan berlangsung pada 12 April nanti. Kita lihatlah perkembangannya nanti samada pasukan ini mampu berjaya atau tidak....